Lelaki Nekad Melutut 21 Jam Depan Pejabat “Ex”, Rayu Cintanya Diterima Kembali

Lelaki melutut 21 jam

Lelaki Nekad Melutut 21 Jam Depan Pejabat “Ex”, Rayu Cintanya Diterima Kembali

Seorang lelaki di China sanggup menghabiskan sepanjang malamnya berlutut dalam hujan di luar tempat kerja bekas kekasihnya dengan harapan bekas kekasihnya itu menerima dirinya kembali.

Memetik South China Morning Post, lelaki itu dilaporkan melutut di hadapan luar pintu masuk bangunan pejabat wanita itu di Dazhou, wilayah Sichuan barat daya China.

Lelaki melutut 21 jam

Lelaki itu dilaporkan telah melutut dari jam 1 tengah hari pada 28 Mac lalu hingga 10 pagi pada keesokan harinya dengan membawa sejambak bunga ros yang besar.

Semasa dia merayu untuk bekas kekasihnya menerimanya semula, penduduk tempatan dilihat berkumpul di sekelilignya dan mendesaknya untuk mengalah, lapor media Jiupai News.

Sehingga hari ini, video rakaman rayuan cinta lelaki itu telah ditonton melebihi 150 juta kali di laman Weibo.

Sepanjang lelaki itu melutut, bekas teman wanitanya tidak kelihatan dan munculkan diri, kata laporan itu lagi.

“Ramai di antara kami cuba mengarahkannya untuk pergi,” kata seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Li.

Menurut Li, hujan telah turun sepanjang masa lelaki itu berada di sana. Dia juga memberitahu bahawa lelaki itu hanya berganjak dari tempatnya pukul 10 pagi pada 29 Mac yang lalu.

Enggan bangun walaupun sudah diarahkan oleh polis

Polis berkata, mereka juga turut menerima laporan daripada orang ramai tentang lelaki itu dan mereka juga cuba untuk memujuk pergi dari kawasan tersebut.

“Katanya, dia dan teman wanitanya telah putus beberapa hari yang lalu. Dia mahu memohon maaf dan berharap agar dia dapat bertemu dengannya lagi,” kata pegawai polis seperti dalam laporan media tersebut.

Apabila pegawai polis cuba menggerakkannya dari kawasan itu, lelaki tersebut dilaporkan tidak mahu berganjak.

“Adakah salah untuk saya melutut di sini? Jika ia tidak menyalahi undang-undang, sila tinggalkan saya sendiri,” kata lelaki itu kepada polis selepas diarahkan untuk bangun.

Tindakan lelaki yang patah hati itu telah menimbulkan kekecohan yang besar di media sosial China.

Cerita tentang orang yang bertindak di luar batas bila berkaitan dengan cinta bukanlah sesuatu yang asing berlaku di China.

BACA: Ada 800 Kedai Pakaian, Ni Tempat Terbaik Korang Beli Baju Raya, Senang ‘Match’ Satu Keluarga

Tahun lalu, seorang lelaki di Shenzhen, Selatan China ditahan kerana membaling pasu dari tingkat 15 sebuah bangunan. Ia bertindak demikian selepas seorang wanita enggan menjadi teman wanitanya.

Lelaki itu memberitahu polis bahawa dia pada mulanya terfikir untuk membunuh diri, tetapi takut untuk melompat jadi dia melemparkan pasu sebagai ganti.

Sumber: South China Morning Post

The post Lelaki Nekad Melutut 21 Jam Depan Pejabat “Ex”, Rayu Cintanya Diterima Kembali appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*