Connect with us

Semasa

Lelaki Pakistan ceraikan isteri & tinggalkan 3 beranak itu dalam kesusahan

Published

on

Lelaki Pakistan ceraikan isteri & tinggalkan 3 beranak itu dalam kesusahan 3

Seorang wanita terpaksa berputih mata apabila dia diceraikan suaminya warga Pakistan yang telah pulang ke negara asalnya.

Menurut ibu tunggal berkenaan, Hanum Ramli, 40, lelaki itu baru menceraikannya dua bulan lalu dan kini dia tinggal di bilik sewa di rumah kedai di Nilai bersama dengan dua anaknya, Muhammad Hassan Muhammah Hussain, 1, dan Muhammad Harith, 6.

Difahamkan, tiga beranak itu tinggal bercampur dan berkongsi bilik air yang sama dengan warga asing lain, tanpa kemudahan asas.

Lebih teruk lagi, Hanum yang berasal dari Johor Bahru itu tidak bekerja dan kini hanya bergantung kepada sumbangan Baitulmal sebanyak RM250 sebulan.

“Sedangkan bilik sewa ini pun sudah RM300 sebulan, belum termasuk perbelanjaan lain.

“Bekas suami tak tolong langsung dari segi perbelanjaan harian dan dalam masa yang sama kesihatan saya sering terganggu kerana anak bongsu ini dilahirkan secara pembedahan,” katanya.

Hanum mengakui dia berada dalam situasi yang sukar di mana di tidak mempunya apa-apa kemahiran dan sekiranya dia bekerja, anak-anak kecilnya itu masih memerlukan penjagaan sepenuhnya.

“Saya dulu pernah tinggal di Johor dengan menumpang di tanah kerajaan. Tetapi sekarang hanya emak bersama adik-beradik lain tinggal di situ dan saya tidak mahu menyusahkan mereka.

Lelaki Pakistan ceraikan isteri & tinggalkan 3 beranak itu dalam kesusahan 4

“Saya ada dua lagi anak lelaki berusia 14 dan 16 tahun dari perkahwinan pertama, tinggal di asrama anak yatim di Pontian, Johor,” katanya. 

Kali terakhir Hanum bertemu dengan dua anaknya itu adalah pada tahun lalu dan dua anaknya itu juga tidak tahu mengenai keadaannya yang susah. Namun dia berjanji akan mengambil mereka setelah mempunyai kediaman yang selesa kelak. 

Hanum tiada pilihan dan tiada tempat bergantung, terpaksa mengadu kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan yang selalu membantunya walaupun sebenarnya dia berasa malu.

Buat masa ini, Hanum sedang mencari pekerjaan yang bersesuaian dan boleh dilakukan di rumah kerana dia perlu menjaga dua anaknya, selain mengalami sakit pinggang selepas bersalin secara pembedahan. 

Jika orang ramai mahu membantu dengan memberikan sumbangan bagi meringankan beban keluarga ini, bolehlah menyalurkan sumbangan anda ke akaun BSN 01 122 29 00023471. 

Sumber: Harian Metro

Please Like: Ceritakini

Youtube Channel: Subscribe JenamaTV


Tags

Trending