Lelaki perkosa anak tiri dijatuhi hukuman kembiri (KASI)

NUR-SULTAN, Kazakhstan – Seorang lelaki di Kazakhstan dijatuhi hukuman kembiri selepas memperkosa anak tirinya yang berusia lapan tahun, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal sehingga doktor terpaksa mengeluarkan rahimnya, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Perogol yang sudah empat kali berkahwin itu mendera mangsa selama tiga tahun bermula dari usia lima tahun, demikian menurut perbicaraan sebuah mahkamah di Kazakhstan.

Dia mengugut mangsa untuk membunuhnya jika memberitahu perkara itu kepada ibunya.

Hakim menjatuhi hukuman penjara yang dikawal ketat selama 25 tahun ke atas tertuduh dan memerintahkannya menjalani ‘pengembirian kimia secara paksa’.

“Anak perempuan saya memberitahu bahawa dia berasa pening kerana terjatuh dari blok bangunan. Saya tidak faham lalu mengangkatnya dan mendapati dia dalam keadaan berdarah.

“Sejurus selepas itu, dia (tertuduh) mendekati saya dan meminta maaf. Saya pengsan kerana terkejut.

“Apabila sedar, terdapat beberapa pisau di hadapan saya dan dia (tertuduh) meminta saya membunuhnya kerana perbuatannya,” kata ibu kepada mangsa.

Mangsa dikejarkan ke hospital dengan keadaan nyawanya berada dalam bahaya selama sebulan dan rahimnya dikeluarkan menerusi pembedahan kerana kerosakan dalaman yang kronik.

Mangsa turut disifatkan mengalami trauma teruk dan diberi sokongan psikologi. – Agensi

BACA: Polis Temui Wanita Dan Dua Anaknya Dalam Keadaan Menyedihkan, Dikurung Suami Selama 17 tahun

 

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*