Lelaki Rusia Terselamat Selepas Jatuh Dari Tingkat 19, Siap Boleh Jalan Masuk Ambulans Sendiri

jatuh dari tingkat 19

Lelaki Rusia Terselamat Selepas Jatuh Dari Tingkat 19, Siap Boleh Jalan Masuk Ambulans Sendiri

Seorang lelaki Rusia bernasib baik selepas terselamat daripada terjatuh dari tingkat 19 sebuah bangunan sebelum terhempas di atas sebuah bumbung kereta, lapor RT.

Satu video yang disiarkan dalam talian menunjukkan anggota penyelamat di bandar Voronezh sedang merawat mangsa.

Mangsa dilaporkan sedang mabuk ketika dia melompat dari tingkap bangunan berkenaan.

Kredit RT
Kredit RT

Jatuh dari tingkat 19

Menurut saksi, lelaki berusia 41 tahun itu dilihat menjerit-menjerit dari balkoni sebuah apartmen 19 tingkat, sebelum terjatuh dan mendarat di atas bumbung sebuah Nissan X-Trail.

Kenderaan tersebut dipercayai diletakkan tepat di bawah balkoni apartmen tersebut.

Sehingga kini, masih tidak diketahui sama ada lelaki tersebut merupakan penyewa kompleks kediaman tempat kejadian itu berlaku ataupun tidak.

Berdasarkan sebuah video yang beredar di internet, lelaki tersebut dapat dilihat berjalan ke ambulans dengan bantuan doktor.

Mangsa mengalami kecederaan serius di kepala dan tulang belakang

Menurut sumber dalam perkhidmatan kecemasan, mangsa telah dibawa ke hospital dalam keadaan kecederaan yang serius di bahagian kepala dan tulang belakang.

Beberapa laporan turut mendakwa bahawa lelaki itu sempat menyanyi sebuah lagu sewaktu dalam perjalanan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

BACA: Ada 800 Kedai Pakaian, Ni Tempat Terbaik Korang Beli Baju Raya, Senang ‘Match’ Satu Keluarga

Dalam kejadian berasingan, sseorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun dilapor maut dipercayai terjatuh daripada tingkat atas sebuah kondominium di Jalan Langkawi, Setapak, Kuala Lumpur, Selasa malam.

Menurut Sinar Harian, kejadian tersebut disedari oleh penghuni di kawasan itu kira-kira jam 7 malam.

Kanak-kanak warga Somalia itu dikatakan baru sahaja selesai menghadiri kelas mengaji di Blok A kondominium tersebut. Namun begitu, ibu mangsa dilapor cemas apabila tidak menemui mangsa ketika mahu mengambilnya pulang.

Mangsa dan ibunya, warga Somalia dipercayai pemegang kad pelarian UNHCR PBB sejak 2017.

Polis juga turut menemui sebuah beg sandang yang mengandungi Al-Quran di berhampiran tangga tingkat 4 di Blok B, lapor Sinar Harian lagi.

Pihak polis akan mengeluarkan kenyataan media berhubung insiden tersebut dalam masa terdekat.

Sumber: RT

The post Lelaki Rusia Terselamat Selepas Jatuh Dari Tingkat 19, Siap Boleh Jalan Masuk Ambulans Sendiri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*