Lelaki ‘single’ pengotor jarang cuci cadar

Hampir separuh atau 45 peratus lelaki bujang Britain mengaku mereka akan menunggu sehingga empat bulan untuk mencuci cadar, manakala 12 peratus lagi sanggup menunggu lebih lama.

Cadar akan ditukar lebih kerap selepas seseorang lelaki menjalinkan hubungan kerana kebanyakan kerja rumah dilakukan oleh wanita, demikian menurut kaji selidik oleh syarikat Gallup.

Kajian itu pada asalnya ditaja oleh syarikat peruncit peralatan tempat tidur, Pizuna dan dilakukan pada April tahun lalu.

Bagaimanapun, ia diterbitkan semula baru-baru ini oleh Badan Penyiaran Britain (BBC), yang menyeru lelaki bujang untuk membuang tabiat itu pengotor itu pada 2023.

Kajian itu mendedahkan bahawa wanita menukar cadar mereka lebih kerap dengan 62 peratus membersihkan tempat tidur mereka setiap dua minggu. Mereka yang berpasangan pula menukar cadar setiap tiga minggu.  

Perkara itu mendapat kritikan daripada ramai wanita secara online.

“Mungkin itulah sebabnya mereka (lelaki) kekal bujang,” kata seorang netizen.

Ramai lelaki bagaimanapun memperlekehkan kajian itu dengan ada yang berkata, mereka menunggu lebih lama untuk mencuci cadar.

“Saya menunggu hingga 8 bulan sebenarnya… hanya balikkan ia (cadar) dan ia kelihatan serba baharu… menjimatkan elektrik dan air… hanya melakukan yang terbaik untuk planet ini,” kata netizen lain. – Agensi  

The post Lelaki ‘single’ pengotor jarang cuci cadar appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*