Lelaki Dipercayai Cuba Tikam Pramugari Ditahan

Lelaki tikam pramugari

Lelaki Dipercayai Cuba Tikam Pramugari Ditahan

AMERIKA SYARIKAT — Seorang lelaki ditahan selepas didakwa cuba membuka pintu pesawat dan menikam salah seorang pramugari, lapor CNN.

Menurut Jabatan Kehakiman,  suspek berusia 33 tahun itu melakukan tindakan itu dalam sebuah pesawat United Airlines dari Los Angelas ke Boston.

Kejadian itu disedari ketika salah seorang kru melihat pintu pesawat berkenaan tidak dikunci sepenuhnya. Sewaktu kejadian, suspek turut berada di lokasi berdekatan.

Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati lelaki terbabit telah mengusik pintu berkenaan.

Susulan itu, kakitangan tersebut cuba memberitahu kepada kapten untuk melakukan pendaratan kecemasan. Ia berikutan kebimbangan jika  perkara itu boleh menimbulkan ancaman terhadap pesawat.

Bagaimanapun, suspek bertindak mengeluarkan senjata yang dipercayai sudu besi. Lelaki itu kemudiannya cuba menikam salah seorang pramugari di bahagian leher sebanyak tiga kali.

Kekecohan itu bagaimanapun berjaya ditangani oleh penumpang yang turut berada di dalam pesawat.

BACA JUGA: Kapal Tangki Minyak Meletup, Gegaran Dirasai Hingga 10 Km

Suspek berjaya ditahan sewaktu tiba di lapangan Terbang Antarabangsa Bostan Logan. Dia juga akan direman selama seminggu untuk proses perbicaraan yang belum ditetapkan.

Lelaki tikam pramugari

Hasil soal selidik mendapati, suspek telah menggunakan sudu yang berada di dalam tandas pesawat untuk digunakan sebagai senjata. Tambahan lagi, suspek mengaku cuba membuka pintu kecemasan untuk cubaan terjun.

Sementara itu, Syarikat penerbangan United Airlines juga mengumumkan suspek dilarang untuk menaiki penerbangan itu pada masa akan datang.

“Terima kasih kepada anak kapal dan pelanggan kami yang bertindak pantas menghalang seorang pelanggan yang mengancam keselamatan dalam penerbangan United 2609 dari Los Angeles ke Boston,” jelas syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Syarikat itu turut menjelaskan bahawa pesawat itu berjaya mendarat dengan selamat tanpa sebarang kecederaan yang dilaporkan.

“Kami tidak akan bertolak-ansur dengan sebarang jenis keganasan dalam penerbangan. Pelanggan tersebut akan disekat daripada menaiki United sementara menunggu siasatan. Kami akan memberikan kerjasama dengan penguatkuasa undang-undang dalam siasatan yang dilakukan,” jelas kenyataan itu.

Sumber: CNN 

The post Lelaki Dipercayai Cuba Tikam Pramugari Ditahan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*