Lelaki tumbuk mesin ATM ditahan

PORT DICKSON – Perbuatan seorang lelaki yang bertindak menumbuk mesin pengeluaran automatik (ATM) di sebuah bank di Pekan Lukut di sini membawa padah apabila dia ditahan polis di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, suspek berusia 50 tahun itu ditahan pada pukul 11.30 pagi di lokasi bank yang sama selepas pihak polis menerima laporan daripada pihak bank.

“Tangkapan suspek dibuat susulan laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita berusia 54 tahun yang merupakan pembantu pengurus di bank berkenaan.

“Wanita itu memberitahu telah didatangi suspek pada pukul 11.10 pagi semalam untuk mengeluarkan wang sebelum suspek tiba-tiba menumbuk mesin ATM, walaupun telah dihalang oleh pengawal keselamatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

“Hasil ujian air kencing yang dijalankan ke atas suspek adalah negatif dan suspek ditahan reman di lokap Balai Polis Port Dickson dan akan dituduh di Mahkamah Majistret Port Dickson esok,” katanya.

Jelas Aidi Sham, jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM500 dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki tumbuk mesin ATM ditahan appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*