Pendaki Malaysia 59 Tahun Berjaya Tawan Everest, Lengkap Pendakian Tujuh Benua

59 tahun gunung everest

Pendaki Malaysia 59 Tahun Berjaya Tawan Everest, Lengkap Pendakian Tujuh Benua

Seorang pendaki Malaysia berusia 59 tahun berjaya mendaki Gunung Everest, sekali gus melengkapkan pendakiannya menawan puncak tertinggi di tujuh benua.

Rj Nagarajan berjaya mendaki puncak tertinggi tersebut pada ketinggian 8,850 meter dari aras laut tepat jam 10.30 pagi Isnin, pada waktu tempatan.

Jelas pengasas ZEROTO8000, Mohd Khafiz Bachok, ia sekali gus menjadi rakyat Malaysia ke-4 berjaya mendaki semua tujuh puncak tertinggi di tujuh benua yang dikenali sebagai “World 7 Summit”, yang merupakan antara pencapaian tertinggi dalam dunia pendakian.

“Sebelum ini, Nagarajan yang lebih mesra dipanggil RJ ataupun Rajan, berjaya mendaki Gunung Aconcagua di Argentina pada ketinggian 6,961 meter iaitu puncak tertinggi di benua Amerika Selatan, Gunung Denali di Amerika Syarikat pada ketinggian 6,194 meter, di benua Amerika Utara dan Gunung Kilimanjaro di Tanzania, 5,895 meter, di benua Afrika, ” katanya.

Difahamkan juga, Rj pernah mendaki Gunung Elbrus di Rusia pada ketinggian 5,624 meter, puncak tertinggi di benua Eropah/Rusia dan Gunung Vinson pada ketinggian 4,892 meter yang merupakan puncak tertinggi di benua Antartika.

BACA: “Everest Tawan Kita Tahun Ini”, Ravichandran Sebak Insiden Menimpa Pendaki Negara

Kemudian, RJ juga pernah menakluki Gunung Kosciuszko di Australia pada ketinggian 2,228 meter, di benua Australia dan Gunung Mont Blanc, di Perancis pada ketinggian 4,810 dan Puncak Jaya di Irian Jaya, pada ketinggian 4,884 meter.

Ujar Mohd Khafiz, RJ mengambil masa selama tujuh tahun untuk melengkapkan pendakian tersebut sejak 2016.

“Menurut Rajan, pendakian beliau adalah untuk menyampaikan mesej bagi memberi semangat Malaysia untuk berdikari dalam mengejar impian dan mencipta kejayaan.

“Setiap rakyat Malaysia harus berusaha berdikari dalam mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang,” tambahnya.

Katanya lagi, Rj juga melakukan semua pendakian dengan bekerja keras mengumpul dana sendiri.

Kini ia terbukti berjaya dan semangat inilah yang sedang diterapkan di dalam minda rakyat Malaysia oleh ZEROTO8000, bukan hanya dalam aktiviti pendakian, tetapi dalam apa jua impian yang dimiliki oleh mereka,” ujarnya.

Sumber: FB Mohd Khafiz Bachok

BACA: Pendaki Malaysia Everest 2023 Muhammad Hawari, Dikhuatiri Hilang

The post Pendaki Malaysia 59 Tahun Berjaya Tawan Everest, Lengkap Pendakian Tujuh Benua appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*