Lexis Hibiscus Port Dickson Menganjurkan Pesta Malam Tahun Baru Terbesar Tahun 2022

Kuala Lumpur, 5 Januari 2023 – Lebih daripada 2,000 orang bersuka ria menyertai pesta terbesar tahun 2022 di Lexis Hibiscus Port Dickson baru-baru ini untuk sambutan Ambang Tahun Baru. Di Funtastic Countdown Carnival, para tetamu mengucapkan selamat tinggal pada 2022 dan menyambut 2023 di pantai resort Lexis Hibiscus Port Dickson dan menikmati malam yang seronok dengan pelbagai cahaya dan warna yang mempesonakan, tenaga yang meriah, muzik dan hiburan mesra untuk seluruh keluarga.

“Kami dah tidak ada perayaan untuk Ambang Tahun Baru selama 2 tahun dan kami menganjurkan Funtastic Countdown Carnival untuk membawa tetamu keseronokan dan kemeriahan untuk satu malam menjelang tahun 2023”, berkata Mandy Chew Siok Cheng, President, Lexis Hotel Group.

“Karnival pantai kami membolehkan para tetamu untuk menyambut Tahun Baru dengan riang dan ceria bersama orang tersayang dengan menjamu selera di makan malam Bufet BBQ Antarabangsa di pantai dan juga menikmati countdown yang tidak dapat dilupakan dengan aktiviti menarik termasuk permainan karnival, zoo haiwan peliharaan, pawagam luar, muzik dan hiburan secara langsung, dan pertunjukan bunga api yang menakjubkan pada tengah malam”, tambahnya.

Pesta itu bermula pada pukul 5 petang dengan para hadirin mencabar satu sama lain dengan 10 permainan karnival yang seronok – Buzz The Wire, Bounce Basketball, Crazy Driver, Ring Toss, Shooting Gallery, Coconut Bowling, Hook The Duck dan Eye Rollin Stick – di mana mereka berpeluang untuk menebus hadiah yang menakjubkan.

Sementara itu, kanak-kanak dan keluarga bermain dengan haiwan ternakan termasuk Arnab, ayam America Silkie dan Poland, burung merpati Fantail, Guinea babi, Iguana, naga Saifin dan naga berjanggut, sigung Blue Tongue, burung kakak tua, Tarantula, katak, kala jengking, bunglon dan cicak tokek, landak, tikus belanda, lipas Madagascar dan ular Phyton di zoo peliharaan.

Para tetamu pula gembira apabila mereka dijamu dengan makan malam Bufet BBQ Antarabangsa yang mengagumkan dan mewah, dengan pilihan yang menyelerakan termasuk salad Waldorf, pelbagai jenis dim sum, makanan laut dan tempura vegetarian, kambing panggang, ayam tandoori, daging, sate ayam, sup dan pencuci mulut. Ini diikuti dengan pesta tarian yang bertenaga daripada Pasukan Sukan & Rekreasi Lexis Hibiscus Port Dickson yang berbakat, yang menggalakkan para tetamu untuk tunjuk pergerakan tarian yang terbaik.

Rydee & The Wei Li Trio, dan Melyn, Winfred and The Seasons pula memeriahkan suasana bersuka ria dengan himpunan lagu-lagu hits, R&B, Soul, Blues, Jazz dan Pop. Sepanjang malam, penghibur bersiar-siar di pantai dan para tetamu berpeluang untuk ambil gambar dengan penghibur LED, ahli silap mata dan watak Optimus Prime, Bumblebee dan Captain America.

Buat pertama kalinya, tetamu juga boleh menghabiskan waktu malam di bawah bintang dan berehat di pawagam luar. Para hadirin menikmati tayangan filem kegemaran tempatan, Ola Bola di bawah langit yang berbintang atas pantai, sambil makan popcorn caramel.

Penari api yang berkemahiran tinggi kemudian menyemarakkan semangat dengan pertunjukan api yang mendebarkan dengan paparan aksi api yang menakjubkan, diikuti dengan pertunjukan unjuran cahaya laser Aurora Borealis yang memukau dan menakjubkan yang menerangi langit malam.

Terdapat juga pelbagai aktiviti lain untuk keseronokan para tetamu termasuk permainan inflatable seperti human knocking balls, inflatable tropical maze, inflatable giant soccer dan aktiviti 9m inflatable rock climbing.

Peserta parti juga berpeluang memenangi hadiah hebat daripada permainan “Spin To Win” dan pulang dengan hadiah hebat daripada penaja acara – AirAsia Ride, Platinum Charters, Village Grocer, Oppo Malaysia, Tranquilice, Dr. Ed & Co dan Souled Out. Para tetamu juga disambut dengan hadiah cabutan bertuah Lexis Hotel Group termasuk penginapan 2 Hari 1 Malam di hotel-hotel dan resort Lexis – Lexis Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson, Lexis Hibiscus Port Dickson dan Lexis Suites Penang.

Seorang tetamu bertuah, Cik Fariza Aman juga menang hadiah utama penginapan 2 Hari 1 Malam di Presidential Suite di Lexis Hibiscus Port Dickson yang dilengkapi dengan 5 bilik, 2 kolam renang infiniti, ruang tamu dan ruang makan yang besar, untuk memuatkan 8 orang.

Para tetamu, kemudiannya menikmati pertunjukan bunga api yang mempesonakan, menerangi langit Port Dickson pada jam 12 pagi. Pesta teruskan dengan para hadirin menari hingga awal pagi semasa DJ memutarkan lagu yang rancak dan paling hangat, menandakan keterujaan untuk tahun baru yang akan datang.

Untuk maklumat terkini kejadian, sila layari https://www.lexishibiscuspd.com/ dan ikuti @lexishibiscus di Instagram, @lexishibiscuspd di Facebook dan @lexishotelgroup di TikTok.

The post Lexis Hibiscus Port Dickson Menganjurkan Pesta Malam Tahun Baru Terbesar Tahun 2022 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*