Liga Fantasi Kosmo!: Dua aksi derbi hangatkan saingan

KEHANGATAN saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin dirasai oleh setiap pengurus Fantasy Premier League (FPL) dalam jadual sukar bagi aksi minggu ke-20 yang akan bermula awal pagi esok.

Saingan minggu ini menyaksikan banyak perlawanan tumpuan membabitkan dua pertembungan derbi seperti pendahulu liga, Arsenal menentang Tottenham Hotspur dan Manchester United bertemu Manchester City.

Justeru, Kosmo! berkongsi panduan buat para pengurus FPL mengenai pemilihan kesebelasan pemain yang diramal berpotensi menghadiahkan banyak mata bagi saingan kali ini.

PENJAGA GOL
DAVID Raya diramal tiada masalah untuk mengutip mata penuh untuk clean sheet apabila bertemu jentera serangan Bournemouth yang tumpul apabila gagal menjaringkan gol dalam tiga aksi terakhir.

PERTAHANAN
KIERAN Trippier wajib berada dalam kesebelasan utama memandangkan dia adalah pemain pertahanan di ranking pertama dalam carta FPL dengan keseluruhan 124 mata musim ini.

TENGAH
MARCUS Rashford dijangka boleh meneruskan momentum hebatnya meledak gol dalam tiga aksi berturut-turut biarpun bertemu lawan sukar seperti City dan Palace pada minggu ini.

PENYERANG
HARRY Kane berada pada tahap terbaik ketika ini apabila berjaya mengumpul 16 mata hasil dua jaringan dan satu bantuan gol ketika Spurs membelasah Palace 4-0 pada minggu ke-19.

KAPTEN
ERLING Haaland dipilih sebagai kapten berdasarkan prestasi cemerlang meledak 21 gol daripada 19 perlawanan sekali gus menjadikannya sandaran merobek gawang United dan Spurs minggu ini.

 

JADUAL PERLAWANAN

SABTU

A. VILLA lwn LEEDS
Siaran langsung Astro 813, 4 pagi

MAN. UTD lwn MAN. CITY
Siaran langsung Astro 813, 8.30 mlm

BRIGHTON lwn LIVERPOOL
Siaran langsung Astro 811, 11 mlm

EVERTON lwn SOUTHAMPTON
Siaran langsung Astro 813, 11 mlm

N. FOREST lwn LEICESTER
Aksi berlangsung pada pukul 11 mlm

WOLVES lwn WEST HAM
Siaran langsung Astro 812, 11 mlm

AHAD

BRENTFORD lwn BOURNEMOUTH
Siaran langsung Astro 813, 1.30 pagi

CHELSEA lwn C. PALACE
Siaran langsung Astro 811, 10 mlm

NEWCASTLE lwn FULHAM
Siaran langsung Astro 812, 10 mlm

ISNIN

TOTTENHAM lwn ARSENAL
Siaran langsung Astro 813, 12.30 tgh mlm

KHAMIS

C. PALACE lwn MAN. UNITED
Siaran langsung Astro 813, 4 pagi

JUMAAT

MAN. CITY lwn TOTTENHAM
Siaran langsung Astro 813, 4 pagi

 

PENJARING TERBANYAK

21 gol
Erling Haaland (Man. City)

15 gol
Harry Kane (Tottenham)

12 gol
Ivan Toney (Brentford)

11 gol
Aleksandar Mitrovic (Fulham)

10 gol
Rodrigo (Leeds)

9 gol
Miguel Almiron (Newcastle)

7 gol
Gabriel Martinelli (Arsenal)
Martin Odegaard (Arsenal)
Roberto Firmino (Liverpool)
Marcus Rashford (Man. United)

 

 

The post Liga Fantasi Kosmo!: Dua aksi derbi hangatkan saingan appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*