Liga Perdana Diminta Benar Pemain Buka Puasa Ketika Tengah Perlawanan – Laporan

liga perdana benar buka puasa

Liga Perdana Diminta Benar Pemain Buka Puasa Ketika Tengah Perlawanan – Laporan

Pegawai perlawanan dalam Liga Perdana dan Liga Bola Sepak Inggeris (EPL & EFL) diminta untuk membenarkan pemain Muslim berbuka puasa semasa perlawanan malam yang berlangsung di bulan Ramadan, lapor Sky Sports News.

Antara pemain bola sepak Muslim yang menjadi ‘tumpuan’ ialah penyerang Liverpool Mohamed Salah, pemain sayap Manchester City Riyad Mahrez dan pemain tengah Chelsea Ngolo Kante.

Pemain-pemain antarabangsa itu dijangka menjalankan ibadah puasa bulan ini dan akan menahan diri daripada makan atau minum pada waktu siang (sebelum / ketika perlawanan).

Mereka yang beragama Islam itu perlu membuka puasa sebaik sahaja matahari terbenam.

Perkara ini difahamkan akan menjejaskan beberapa pemain yang mengambil bahagian dalam perlawanan petang pada bulan hadapan.

Namun, bimbingan penuh telah diberikan kepada pegawai perlawanan daripada badan pengadil untuk mengendalikan hal tersebut.

Mereka perlu memberi kebenaran kepada pemain untuk berbuka puasa dengan mengambil cecair atau gel tenaga atau makanan tambahan pada waktu yang ditetapkan.

Mereka juga digalakkan untuk mencuba dan mengenal pasti mana-mana pemain yang mungkin perlu berbuka puasa semasa permainan sewaktu perlawanan bermula.

BACA: Tersingkir UCL, Klopp Mengaku Liverpool Tak ‘Perform’

Persatuan Bola Sepak dan Professional Game Match Officials Limited (PGMOL) juga telah dihubungi untuk mendapatkan ulasan berhubung perkara itu.

Dua tahun lalu, Sky Sports News mendedahkan perlawanan Leicester City dengan Crystal Palace dihentikan seketika pada pertengahan perlawanan untuk membolehkan pemain berbuka puasa.

Itu merupakan perlawanan pertama yang dihentikan untuk berbuka puasa yang dipercayai berlaku buat pertama kali dalam EPL.

Dalam perlawanan itu, kedua-dua kelab bersetuju dengan pengadil Garaham Scott untuk mengadakan hentian seketika.

Perlawanan itu berhenti seketika untuk membolehkan Wesley Fofana dan Cheikhou Kouyate menikmati buka puasa Ramadan mereka.

Difahamkan ketika itu Vicente Guiata menunda melakukan sepakan gol selepas setengah jam untuk membolehkan Fofana dan Kouyate mengambil gel tenaga di tepi padang.

Fofana melalui media sosial selepas perlawanan, mengucapkan terima kasih kepada Guiata, Palace dan pengurusan EPL kerana membenarkannya berbuka puasa.

Ujarnya, perkara sedemikian membuatkan bola sepak tampak indah dan mesra Muslim.

Sumber: Sky Sports

The post Liga Perdana Diminta Benar Pemain Buka Puasa Ketika Tengah Perlawanan – Laporan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*