Liridon Perkukuh Jentera Tengah Terengganu FC Musim Ini

Liridon Terengganu FC

Pemain tengah naturalisasi, Liridon Krasniqi  secara rasmi diumumkan masuk ke Terengganu Football Club (FC) secara pinjaman.

KUALA TERENGGANU — Pemain tengah naturalisasi, Liridon Krasniqi  secara rasmi diumumkan sebagai pemain Terengganu Football Club (FC) secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi musim 2023.

Pengumuman itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di Facebook kelab berkenaan.

“Selamat Datang Liridon Krasniqi! ” tulis kelab dari pantai timur itu di platform media sosial rasmi mereka hari ini.

Difahamkan keputusan itu dibuat bagi membolehkan Terengganu mencabar kejuaraan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan saingan Piala Bola Sepak Asian (AFC).

Liridon atau lebih dikenali sebagai ‘Mat Don’ dijangka menyarung jersi bernombor 80 bagi TFC.

Tambahan lagi, kehadiran pemain kelahiran Kosovo itu diharap dapat menambahkan lagi variasi corak permainan tengah kelab itu.

Sementara itu, pemain itu turut menyatakan bakal memberikan komitmen sepenuhnya terhadap pasukan kendalian Tomislav Steinbruckner.

Menurut TFC,  kelibat Liridon juga diharapkan dapat menarik tumpuan peminat walaupun dipinjam sehingga hujung musim ini.

BACA JUGA: JDT Juara Liga Super Kali Kesembilan Berturut-Turut

Pemain berusia 31 tahun itu dijangka bersama skuad Terengganu FC hari ini dalam perlawanan antarabangsa menentang Odense Blodklub FC.

Karier Liridon Krasniqi Sebelum Menyertai Terengganu FC

Liridon mula menampilkan aksi cemerlang sewaktu bersama skuad Hijau Kuning selama beberapa musim dengan memenangi beberapa trofi kejuaraan sejak 2015, lapor Sinar Harian.

Dia kemudiannya mengubah angin selepas menyarung jersi Melaka United sebelum disambar oleh kelab dari selatan tanah air, Johor Darul Ta’zim pada 2019.

Bagaimanapun, beliau gagal menampilkan aksi cemerlangnya bersama kelab itu seperti kelab-kelab yang diwakilinya terdahulu.

Susulan itu, Liridon telah dipinjamkan ke beberapa kelab luar untuk mengembalikan semula prestasinya ke tahap terbaik.

Khon Kaen United merupakan kelab terakhir diwakili oleh Liridon Krasniqi pada 2022 . Ia juga kelab divisyen satu di Liga kompetitif  Thailand.

Liridon secara sah bergelar pemain naturalisasi negara selepas menerima MyKad atau Kad Pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya pada tahun 2020, maklum Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

Perkara itu sekaligus melayakkan dirinya untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Sumber: Terengganu FC, Sinar Harian

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

The post Liridon Perkukuh Jentera Tengah Terengganu FC Musim Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*