Lirik Lagu Baru Shakira ‘Berapi’ Lain Macam, Seakan Luahan Orang Yang ‘Tersakiti’ Dalam Hubungan

lagu baru shakira

Lirik Lagu Baru Shakira ‘Berapi’ Lain Macam, Seakan Luahan Orang Yang ‘Tersakiti’ Dalam Hubungan

Penyanyi Columbia, Shakira baru-baru ini hadir ke sesi muzik bersama Bizarrap untuk membuat persembahan dalam ‘Bzrp Music Sessions, Vol. 53’, dan lirik yang dilontarkan dalam sesi berkenaan pantas mencuri tumpuan dan menimbulkan begitu banyak persoalan peminat.

Rumah tangga Shakira dengan bintang bola sepak Barcelona, Gerrard Pique sebelum ini diketahui sedang berdepan dengan masalah dan ramai yang mendakwa ia berpunca daripada kehadiran orang ketiga.

April tahun lepas, Shakira juga pernah mengeluarkan satu lagu berjudul Te Felicito (I Congratulate You) dengan liriknya seolah-olah mengiakan khabar angin yang sedang bertebaran berkenaan rumah tangganya.

Namun kali ini, kehadirannya dalam Bzrp Music Sessions, Vol. 53 (2023) serta lagu yang dinyanyikan bersama penyanyi rap tersebut dilihat mengandungi lirik yang terlalu berterus-terang.

Antara bait-bait lirik lagu tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan situasi yang dilaluinya selama ini.

Berikut merupakan petikan lirik daripada lagu Bzrp Music Sessions, Vol. 53 (2023):

“I’m not getting back with you, don’t cry for me, nor beg me. (Saya tidak akan kembali kepada kamu, tidak perlu menangis dan merayu)

I understood that it’s not my fault that they criticise you. (Fahamilah ia bukan kesalahanku bila kamu dikritik)

I only make music, sorry that it bothers you. (Aku hanya hasilkan muzik, maaflah jika ia mengganggumu)

A wolf like me is not for guys like you.. (‘Serigala’ seperti aku tidak sesuai untuk lelaki sepertimu)

.. I was too much for you, that’s why you’re now with someone more like yourself. (Aku terlalu berharga untuk kamu, itulah sebabnya kamu sekarang bersama dengan orang seperti kamu)

You left me in the in-laws as my neighbours, media outlets at my door and in debt with the Treasury. (Kamu tinggalkan aku dengan masalah undang-undang, media berkumpul dipintu rumah dan hutang dengan Perbendaharaan)

.. You thought you hurt me, but you made me stronger. (Kamu fikir kamu sedang menyakitiku, tetapi ia cuma buat aku jadi lebih kuat)

You traded a Rolex for a Casio..(Kamu tukar Rolex dengan Casio)

…Women don’t cry anymore; they cash in.

Klip video berkenaan baharu sahaja dimuat naik di Youtube semalam dan setakat ini sudah pun mendapat lebih 54 juta tontonan dalam tempoh masa yang singkat.

BACA: Masih Terasa ‘Romantiknya’, Pemuda Singgah Lokasi Rakaman Filem My Heart, Ramai Terimbau Nostalgia Lama

Sumber: BuzzFeed. News

The post Lirik Lagu Baru Shakira ‘Berapi’ Lain Macam, Seakan Luahan Orang Yang ‘Tersakiti’ Dalam Hubungan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*