LKAN: Hanya 28 Unit Ventilator Diperoleh Dapat Digunakan, KKM Rugi RM13.07Juta

KKM Rugi RM13.07Juta

LKAN: Hanya 28 Unit Ventilator Diperoleh Dapat Digunakan, KKM Rugi RM13.07Juta

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) — Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mendapati hanya 28 daripada 136 ventilator yang diperoleh Kementerian Kesihatan (KKM) melalui tatacara perolehan darurat dapat digunakan.

Menurut laporan itu, baki 108 unit ventilator dibekalkan sebuah syarikat yang hanya disebut sebagai 260790-T melalui perolehan tersebut, tidak dapat dapat digunakan kerana tidak sesuai dan tidak selamat digunakan kepada pesakit.

Susulan itu, KKM telah memulangkan hanya 15 daripadanya kepada pengilang, manakala tuntutan kerugian sebanyak RM13.07 juta bagi 93 unit lagi tidak dapat dilaksanakan kerana tidak terdapat sebarang dokumen perolehan antara syarikat 260790-T dan kementerian.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

“Tiada sebarang dokumen berkaitan urus niaga perolehan ventilator dikemukan kepada Pihak Audit. Pihak Audit juga tidak dapat mengesahkan peranan dan tanggungjawab syarikat 260790-T sebagai syarikat yang menguruskan perolehan ventilator dan berurusan dengan pengeluar,” menurut laporan itu.

Terdahulu Ketua Audit Negara Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid berkata hasil laporan audit mendapati 93 mesin ventilator di hospital kerajaan yang didapati tidak berfungsi adalah tidak memenuhi standard.

Beliau berkata KKM dalam maklum balas memberitahu mesin berkenaan juga tidak boleh diubah suai kerana dibeli secara ‘off the shelf’ atau sedia ada dan tidak mempunyai jaminan, selain mesin itu juga pernah cuba dibaiki oleh pihak kontraktor tetapi tidak berjaya.

Laporan itu turut memaklumkan proses perolehan ventilator berkaitan mula dilaksanakan susulan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 25 Mac 2020 bersetuju memberi pengecualian kepada KKM untuk memperoleh 500 unit ventilator tambahan daripada syarikat 260790-T bagi memenuhi keperluan mendesak ketika itu.

Perolehan yang dianggarkan berjumlah RM50 juta itu, dibuat melalui tatacara perolehan darurat di bawah Pekeliling Perbendaharaan (PB) 3.3 dan Arahan Perbendaharaan 99.

Namun, berdasarkan rekod perolehan KKM, syarikat tersebut hanya dapat membekalkan 136 unit ventilator dengan kos perolehan berjumlah RM20.1 juta yang kemudian disemak semula menjadi RM24.07 juta pada 1 Sept 2020.

Dalam pada itu LKAN turut memaklumkan KKM telah membelanjakan sejumlah RM4.462 bilion bagi perolehan sebanyak 75.88 juta dos vaksin yang terdiri daripada vaksin Comirnaty, AstraZeneca, CoronaVac dan Convidecia hingga April tahun lepas.

Bagaimanapun, semakan audit mendapati daripada jumlah tersebut sebanyak 11.59 juta dos vaksin tidak digunakan dan 1.1 juta dos vaksin daripadanya telah luput tempoh jangka hayat antara satu hingga 212 hari.

Laporan tersebut turut menyebut KKM mempunyai lebihan stok alat perlindungan diri (PPE) yang ketara dan menyebabkan berlaku masalah penyimpanan serta berpotensi tidak dapat digunakan kerana stok luput hayat.

Oleh demikian, laporan itu mengesyorkan agar KKM mempertingkatkan tahap kesedaran penduduk dewasa dalam mengambil dos penggalak vaksin bagi meminimumkan dos vaksin luput tempoh hayat, serta menguruskan peralatan perubatan yang diperoleh secara darurat dengan lebih berkesan dan berhemah.

Sumber: BERNAMA

The post LKAN: Hanya 28 Unit Ventilator Diperoleh Dapat Digunakan, KKM Rugi RM13.07Juta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*