Mahkamah: Didakwa laku amang seksual terhadap budak sembilan tahun

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan pada minggu lalu.

Tertuduh, Talib Ali, 69, yang mengusahakan kedai runcit membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang berusia sembilan tahun di sebuah kedai runcit di daerah ini pada pukul 5 petang, 31 Disember lalu.

Talib didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 8 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin. – KOSMO! ONLINE

The post Mahkamah: Didakwa laku amang seksual terhadap budak sembilan tahun appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*