Mahkamah Kanak-kanak akan diwujudkan – Azalina

KOTA TINGGI – Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 akan dipinda bagi memastikan nasib kanak-kanak yang terlibat dalam jenayah tersebut terbela.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, antara yang akan diberikan fokus dalam usaha itu termasuklah dalam kewujudan Mahkamah Kanak-kanak.

Katanya, beliau juga akan mengadakan perjumpaan khas bersama badan bukan kerajaan (NGO) bagi membincangkan berkenaan isu kanak-kanak berkaitan elemen jenayah membabitkan golongan itu.

“Esok saya akan adakan perjumpaan khas ‘special task force’ dengan semua NGO dalam isu kanak-kanak elemen jenayah kanak-kanak. Saya lihat dalam rangka akta jenayah seksual kanak-kanak 2017 perlu naik taraf dan kita tengok fokus untuk membuat pindaan.

“Harapan saya supaya isu-isu yang pertama sekali adalah mahkamah kanak-kanak dulu terwujud. Saya dimaklumkan oleh pejabat ketua hakim negara mereka hendak fokus kepada kewujudan mahkamah tersebut yang memang di dalam perbincangan dari dulu tetapi hendak naik taraf.

“Saya juga berharap akta jenayah seksyen kanak-kanak, kes diselesaikan dalam setahun. Sekarang ada beberapa kelonggaran perlu kemaskini itu dari segi proses kanak-kanak tersebut. Saya lihat kes jenayah seksual pertuduahan bukan bawah akta kanak-kanak tetapi akta jenayah seksual kanak-kanak dan juga kanun kesesakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pusat Khidmat Wakil Rakyat dan Van Bergerak Parlimen Pengerang di Bandar Penawar di sini hari ini.

Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang berkata, beliau juga akan melihat tentang isu berkaitan pengambilan bahan bukti (extraction of evidence) yang juga akan dikaji.

Menurutnya, seperti kes jenayah rogol pengambilan bahan bukti oleh hospital di bahagian kecemasan bukti itulah yang digunakan untuk kes jenayah tersebut.

“Jadi dalam kes kanak-kanak memang ada beberapa kes bertekan kepada keterangan diberikan kanak-kanak tersebut, jadi perkara ini kita hendak kaji.

“Kita juga hendak lihat elemen kanak-kanak itu dijadikan saksi kemudian dia hendak pulang kepada keluarga, kalau keluarga itu harpakan pegar, pegar makan padi macam mana kita hendak tengok penyelesaian dalam aspek ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Mahkamah Kanak-kanak akan diwujudkan – Azalina appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*