Mahkamah Rayuan Diberitahu Pertuduhan Terhadap Sam Tidak Sah, Tidak Boleh Disabitkan

pertuduhan sam tidak sah

Mahkamah Rayuan Diberitahu Pertuduhan Terhadap Sam Tidak Sah, Tidak Boleh Disabitkan

PUTRAJAYA, 31 Mac (Bernama) — Mahkamah Rayuan diberitahu bahawa sabitan kerani Sam Ke Ting bagi kesalahan memandu secara melulu sehingga mengorbankan lapan remaja penunggang basikal tidak boleh bertahan kerana pertuduhan yang dikenakan terhadapnya mempunyai kekurangan.

Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili wanita itu berhujah bahawa terdapat penggandaan pertuduhan kerana pendakwa raya telah memasukkan dua kesalahan berbeza dalam pertuduhan iaitu memandu secara melulu dan memandu secara berbahaya.

“Ini salah. Hanya satu kesalahan dibenarkan di sisi undang-undang untuk dinyatakan dalam pertuduhan,” katanya.

Hisyam berhujah demikian dalam rayuan Sam terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkannya denga kesalahan memandu secara melulu dan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun serta denda.

Peguam itu berkata berlaku prejudis terhadap anak guamnya kerana terdapat “kegagalan keadilan” kerana dia telah disabitkan dengan pertuduhan yang tidak diiktiraf dalam undang-undang.

Hisyam berhujah demikian dalam rayuan Sam terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkannya dengan kesalahan memandu secara melulu dan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun serta denda.

Peguam itu berkata berlaku prejudis terhadap anak guamnya kerana terdapat “kegagalan keadilan” kerana dia telah disabitkan dengan pertuduhan yang tidak diiktiraf dalam undang- undang.

“Hakim Mahkamah Tinggi mensabitkan kesalahan Sam kerana memandu secara melulu atau berbahaya. Perayu (Sam) tidak mendapat apa yang sepatutnya dinyatakan dalam undang- undang,” katanya di hadapan panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azman Abdullah.

Sam, 27, pada mulanya dibebaskan dan dilepaskan tanpa dipanggil membela diri oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 18 Nov 2019, atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian remaja yang menunggang basikal diubah suai, dikenali sebagai basikal lajak.

Lapan remaja yang maut dalam kejadian itu ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, Johor pada 3.20 pagi, 18 Feb 2017. Sam berusia 22 tahun ketika kejadian.

Pada 18 Feb 2021, hakim Mahkamah Tinggi Shahnaz Sulaiman membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mengarahkan kes dikembalikan ke Mahkamah Majistret untuk Sam membela diri atas pertuduhan memandu secara melulu.

Pada 10 Okt 2021, Mahkamah Majistret melepas dan membebaskan Sam pada akhir kes pembelaan. Pihak pendakwaan merayu ke Mahkamah Tinggi.

Pada 13 April tahun lepas, hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abu Bakar Katar membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mensabitkan kesalahan memandu secara melulu. Sam dihukum penjara enam tahun dan denda RM6,000.

Wanita itu kemudiannya merayu di Mahkamah Rayuan dan pada 18 April tahun lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda serta membebaskannya dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu rayuannya didengar.

Dalam perbicaraan rayuan hari ini, Hisyam turut berhujah bahawa di Mahkamah Majistret, kes pendakwaan adalah kes memandu secara melulu, tetapi apabila kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi pertama, pendirian pendakwaan bertukar kepada memandu secara berbahaya

Sementara itu, seorang lagi peguam mewakili Sam, Harvinderjit Singh berhujah bahawa apa yang berlaku pada hari itu adalah “keadaan kecemasan” dan mengatakan bahawa keadaan itu dicipta oleh mangsa dan bukannya Sam.

Mangsa menunggang basikal yang diubah suai pada 3 pagi, katanya dan menambah bahawa dapatan prima facie terhadap Sam oleh Mahkamah Tinggi pertama adalah salah.

Mahkamah menetapkan 11 April untuk menyambung semula prosiding rayuan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman berkata beliau akan mengambil masa dua jam untuk berhujah.

BACA: “Kena Scam Ke…”, Ingat Asli, Tular Video Didakwa Cara Buat Kacang Gajus ‘Copy Ori’

Sumber: Bernama

The post Mahkamah Rayuan Diberitahu Pertuduhan Terhadap Sam Tidak Sah, Tidak Boleh Disabitkan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*