Mahkamah Rayuan Putuskan Undan-Undang Kunci Tayar MPKB Tidak Sah

Mahkamah Rayuan Malaysia Putrajaya hari ini secara sebulat suara memutuskan bahawa undang-undang kunci tayar Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) adalah tidak sah kerana bertentangan (ultra-vires) dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Dalam penghakiman yang dibacakan oleh YA Hakim Dato’ Hashim Hamzah, HMR; Mahkamah Rayuan mendapati bahawa Perintah 17, Perintah Pengangkutan Jalan (LKB) (MPKB) 2000 adalah ultra-vires dengan seksyen 72(7) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mahkamah walau bagaimanapun memutuskan bahawa Perintah 8 di bawah Perintah yang sama masih sah dan MPKB masih boleh mengenakan kompaun bagi kesalahan berkaitan letak kereta.

Turut bersidang ialah Hakim Datuk Abdul Karim Jalil, HMR dan Hakim Datuk Supang Lian, HMR.
Dengan keputusan ini, maka pihak MPKB tidak lagi boleh mengunci tayar kereta yang diletakkan di dalam petak letak kereta dan hanya boleh mengenakan kompaun sahaja.

Perayu di dalam kes ini, Nursyafawati Binti Kasim diwakili oleh peguam yang diketuai oleh Hisham Fauzi dan dibantu oleh Ang Khai Wei, Majdah Muhammad dan Haziratul Aqilah Huzailing.

MPKB pula diwakili peguam Marwalis Adam dan dibantu oleh Shaharuddin Mohamed.

BACA: (VIDEO) Mahkamah: PU Azman didakwa lagi amang seksual, kelucahan melampau

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*