mahu tambah derita Kedah

KUANTAN: Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad akan memastikan tiga mata dibawa pulang apabila berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam esok.

Legenda bola sepak Singapura itu, berkata aura kemenangan besar 5-1 ke atas PDRM FC Ahad lalu, diyakini mampu membangkitkan semangat anak buahnya pada perlawanan itu.

“Sudah pasti kita akan berusaha mencari lagi kemenangan dan mudah-mudahan kerja keras pasukan dapat beroleh keputusan yang diidamkan.

“Berdasarkan persembahan meyakinkan, Sri Pahang akan terus mencapai banyak lagi kemenangan.

“Bagaimanapun saya harap pemain akan lebih berwaspada dan memanfaatkan segala peluang yang ada untuk membolosi gawang tuan rumah,” katanya.

sumber: BH

Ditanya sama ada khidmat Kpah Sherman akan terus menjadi sandaran, Fandi berkata, sentuhan penyerang import Liberia itu yang sudah kembali menemui sentuhan tetap ditagih.