Makan Masa 35 Hari & 17 Jam, Kenali Filem Berdurasi Terpanjang Dalam Sejarah

filem berdurasi terpanjang

Makan Masa 35 Hari & 17 Jam, Kenali Filem Berdurasi Terpanjang Dalam Sejarah

Menonton filem merupakan salah satu cara manusia berhibur. Untuk menjadikan sesebuah filem itu sebagai menghiburkan, banyak faktor yang perlu diambil kira oleh pembikin filem. Selain skrip, plot dan lakonan pelakon, durasi filem adalah salah satu perkara yang kritikal dalam menentukan sesebuah filem itu menghiburkan atau membosankan.

Persoalannya, apakah running time yang ideal untuk sesebuah filem? Walaupun banyak filem berdurasi 90 minit hingga 2 jam, sesetengah pengarah filem elit berjaya menghasilkan filem yang sangat menghiburkan berdurasi di atas 3 jam.

Namun rata-ratanya, kita mungkin tidak pernah menonton mana-mana filem yang berdurasi di atas empat jam kan? Mungkin juga kita berpendapat, tidak mungkin ada filem yang mempunyai running time selama itu.

Namun anda silap, kerana ada sebuah filem di Sweden yang mempunyai running time yang sangat tidak masuk akal dan tidak mungkin dapat dihabiskan oleh sesiapa.

Filem berkenaan adalah filem berjudul Logistic yang diterbitkan pada 2012 dan berdurasi selama 857 jam. Anda memerlukan masa selama 35 hari dan 17 jam untuk menonton filem ini sehingga penghujungnya.

Filem berdurasi terpanjang dalam sejarah

Filem ini merupakan filem ekperimen yang diilham dan diarahkan oleh Erika Magnuson dan Daniel Andersson. Menurut pengkritik, filem ini tidak mempunyai sebarang struktur konvensional.

Dalam laman web filem berkenaan, Logistic cuba menjawab persoalan dari mana asal usul datangnya gajet yang manusia ada hari ini. Magnuson dan Andersson menjadikan alat pedometer sebagai susbjek utama filem itu dan menjejaki asal usul penciptaan alat berkenaan.

Kisahnya bermula di sebuah kedai di Stockholm, tempat dimana pedometer itu dijual. Kemudian, ia ‘berundur’ dan memaparkan perjalanan alat tersebut sebelum ia tiba di tangan pengguna.

Sepanjang filem berkenaan, penonton dibawa menaiki trak, kereta api barang, kapal kontena besar dan akhirnya ke sebuah kilang di daerah Baoán di China.

Perjalanan tersebut dirakam dalam masa nyata, sekaligus menjawab persoalan mengapa filem berkenaan memiliki durasi melebihi sebulan.

Setakat ini, tidak diketahui ada mana-mana individu yang berjaya menonton filem konvensional terpanjang dalam sejarah itu sehingga habis.

Dalam rekod, beberapa filem yang mempunyai durasi yang panjang hanya sekitar beberapa jam sahaja. Hamlet (1996) mempunyai durasi selama 242 minit dan Cleopatra (1963) yang berdurasi 248 minit adalah sebahagian daripada senarai filem panjang yang ada.

Namun yang pasti, untuk duduk berhibur dan menonton filem selama 857 jam dilihat sangat mustahil dan sangat mencabar fizikal serta mental penonton.

Jika anda ada masa, menerusi klip berdurasi 72 minit dibawah, ada dapat menonton sebahagian ‘kecil’ filem Logistic.

Baca: Raih Pingat Emas, Kejayaan Shereen Tamatkan Penantian Selama 24 Tahun

Sumber: MENTAL FLOSS

The post Makan Masa 35 Hari & 17 Jam, Kenali Filem Berdurasi Terpanjang Dalam Sejarah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*