Malaysia Madani Slogan Baharu Negara, Ini Maksud Madani Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

Malaysia Madani Slogan Baharu Negara, Ini Maksud Madani Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) baru-baru ini, kerajaan baharu yang berjaya dibentuk dikenali sebagai Kerajaan Perpaduan. Ia merupakan kerajaan baharu yang dibina oleh kepimpinan Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pembentukan kerajaan baharu ini secara tidak langsung berlakunya rombakan dalam corak pemerintahan setelah memperolehi mandat daripada rakyat.

Setiap kepimpinan mempunyai konsep atau slogan yang ingin diperjuangkan oleh mereka kepada rakyat jelata seperti Slogan “Keluarga Malaysia” yang diperkenalkan oleh kerajaan terdahulu.

Seperti yang diketahui, slogan “Malaysia Madani” dijangka menggantikan slogan sebelum ini. Namun, tahukah anda erti disebalik perkataan Madani?

Maksud Madani

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan “Madani” membawa erti maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan (masyarakat, generasi dan sebagainya).

Madani juga memberi makna usaha untuk membentuk masyarakat dengan menyemaikan nilai-nilai murni kekeluargaan, kurikulum yang juga terarah kepada pembinaan masyarakat.

Dalam pada itu, Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang menekankan konsep yang bakal diperkenalkan itu sesuai dengan kaedah membangun masyarakat dan negara Madani akan diselarikan dengan agenda perpaduan negara.

Tambahnya, masyarakat Madani merupakan sebuah masyarakat yang beradab (civilised), maju dari segi pemikiran, kerohanian, dan material dengan menyemai nilai-nilai murni seperti semangat kekeluargaan dan perpaduan.

Terdahulu, Slogan “Keluarga Malaysia” telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada tahun 2021.

Slogan ini menggariskan tiga eleman utama iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran di samping 20 pengkayaan nilai yang mendasari kepempinan terdahulu lebih-lebih lagi bekerja secara bersama-sama dalam memulihkan negara daripada masalah dan kesan pandemik Covid-19

Antara pengkayaan yang mewakili tiga teras utama termasuklah menyemai budaya integriti dalam keluarga, selain menjadikan budaya amanah sebagai budaya keluarga, menjadikan.

Seterusnya, mantan perdana menteri Malaysia itu juga mahu menjadikan prinsip keadilan sebagai teras pengukuhan keluarga dan menjadikan amalan musyawarah sebagai amalan keluarga.

Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Majlis Keselamatan Negara, Aaron Ago Anak Dagang

The post Malaysia Madani Slogan Baharu Negara, Ini Maksud Madani Yang Mungkin Ramai Tak Tahu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*