Malaysia Tidak Diskriminasi Pelancong Dari Mana-Mana Negara, Kesihatan Rakyat Diutamakan – PM

Tidak Diskriminasi Pelancong

Malaysia Tidak Diskriminasi Pelancong Dari Mana-Mana Negara, Kesihatan Rakyat Diutamakan – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa Malaysia tidak akan mendiskriminasi pelancong dari mana-mana negara yang datang ke negara ini.

Dalam satu sidang media yang diadakan, beliau menegaskan bahawa keselamatan dan kesihatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan negara.

Perkara itu diberitahu Anwar Ibrahim berikutan kebimbangan rakyat mengenai peningkatan kes Covid-19 harian bagi seluruh dunia pada ketika ini.

Terutamanya risiko yang mungkin berlaku dengan kemasukan pelancong-pelancong dari negara China yang masih menjadi negara penyumbang kepada peningkatan jumlah positif Covid-19 setakat ini.

Gambar: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Selain itu, PM ke 10 Malaysia itu juga sempat mengulas berkenaan pemberian geran khas mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan antara Sabah dan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan hari dikaji dalam tempoh setiap lima tahun.

Datuk Seri Anwar juga berkata peningkatan bagi Pergerakan Kadar Dasar Semalam (OPR) adalah keputusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) sendiri. Perbincangan boleh dibuat namun segala keputusan bergantung kepada BNM.

“Pergerakan Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah keputusan BNM dan bukannya oleh Kementerian Kewangan,” ujarnya.

Sumber: BERNAMA

The post Malaysia Tidak Diskriminasi Pelancong Dari Mana-Mana Negara, Kesihatan Rakyat Diutamakan – PM appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*