“Mami Jemput Pun Tak Layan,” Gelagat Bayi Protes Tak Nak Balik Dari Taska Buat Ramai Cair

bayi tak nak berpisah balik dari taska

“Mami Jemput Pun Tak Layan,” Gelagat Bayi Protes Tak Nak Balik Dari Taska Buat Ramai Cair

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, sangat memerlukan untuk kedua ibu bapa untuk bekerja demi keselesaan hidup sekeluarga.

Jika kedua-duanya keluar bekerja, maka anak-anak pasti perlu dihantar kepada pengasuh disebabkan tiada sesiapa yang menjaganya di rumah.

Bagi mereka yang mempunyai bayi atau anak kecil pasti sangat berat untuk meninggalkan anak mereka di sesebuah taska atau pusat asuhan.

Terutamanya bagi anak sulung atau pertama, pasti sangat berat untuk menyerahkan tugasan menjaga itu kepada orang yang kita tidak kenali.

Dengan kes penderaan yang sering menjadi muka depan berita-berita pada waktu ini, lagi membuatkan ibu bapa takut untuk menghantar anak mereka ke taska.

Namun lain pula kisah yang terjadi kepada anak seorang wanita ini, dimana anak perempuannya tidak mahu pulang ke rumah.

Perkongsian yang dibuat oleh @gelagatfamily menerusi akaun TikTok miliknya telah berkongsikan telatah anaknya itu setiap kali mahu mengambilnya pulang ke rumah.

Menurut wanita itu, anak perempuannya yang bernama Elisa Inara telah dihantar ke taska tersebut sejak usianya baru dua bulan. Kini Inara sudah berusia lapan bulan dan masih dihantar ke taska yang sama.

Tambahnya, setiap kali hendak hantar Inara ke taska tersebut, dia pasti akan gembira dan melompat. Namun apabila tiba waktu untuk menjemput, Inara akan mula meronta memeluk pekerja taska sebagai tanda protes kerana tidak mahu pulang.

Kredit TikTok

Mungkin disebabkan layanan yang baik, sebab tu Inara sendiri dengan rela dan gembira pergi ke taska setiap hari.

Waktu hantar melompat, waktu balik taknak

“Memang time hantar je melompat nak turun, balik tak mahu,” kata ibu Inara selepas ditanya berkenaan gelagat anaknya itu.

Kredit TikTok

Kata ibu Inara lagi, taska tersebut merupakan salah sebuah taska yang terletak di Puchong, Selangor.

“Bila kau dah terlalu suka duduk taska, sampai mami jemput pun tak layan. Mami husnuzon, senang nak hantar asrama penuh,” tulis salah sebuah muat naik video perkongsian.

Kredit TikTok

Ramai yang memuji pengasuh taska yang menjaga adik Inara, kerana telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengasuh yang baik.

Perkongsian itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang lain. Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“First time tengok bayi dari nursery tak nak balik,” tulis seorang netizen.

“Sukanya macam ni, anak suka tandanya pengasuh tu baik,” tulis seorang lagi netizen.

“Itu tandanya, pengasuh dekat situ bagus-bagus,” tulis seorang netizen yang memuji pengasuh taska tersebut.

Semoga adik Inara membesar dengan sihat disamping orang-orang yang tersayang.

@gelagatfamily

Bila kau dah terlalu suka duduk taska sampai mami jemput pun taklayan….. mami husnuzon.. senang nak hantar asrama penuh.. #fypシ゚viral #fyp#viralvideo #babytiktok #tiktokmalaysia #babysitter #nursery #bilal

♬ Funny – Gold-Tiger

Sumber: TikTok via @gelagatfamily

The post “Mami Jemput Pun Tak Layan,” Gelagat Bayi Protes Tak Nak Balik Dari Taska Buat Ramai Cair appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*