Mas Ermieyati Mohon Maaf Dengan Amir Jahari, “Saya Akan Guna Lagu Nasyid”

Amir Jahari

Mas Ermieyati Mohon Maaf Dengan Amir Jahari, “Saya Akan Guna Lagu Nasyid”

Datuk Mas Ermieyati pada hari ini memohon maaf kepada penyanyi Amir Jahari kerana telah menggunakan lagu ciptaannya iaitu Hasrat sebagai muzik latar hantaran videonya.

Naib Ketua Srikandi Bersatu itu berkata demikian selepas Amir Jahari meluahkan rasa kurang senang apabila lagu ciptaannya itu digunakan sebagai muzik latar video berunsur politik.

Memetik Astro Awani, beliau bersedia untuk menurunkan semula hantaran video berkenaan dan menggantikannya dengan muzik latar yang berbeza.

Dalam muat naik video berkenaan, Mas Emieryati telah telah menggunakan lagu itu sebagai lagu latar semasa berada di Mahkamah Kuala Lumpur pada hari ini.

“Amir Jahari Music saya mohon maaf. Saya akan turunkan post saya dan letak lagu nasyid atau Siti Nurhaliza, artis yang tidak kisah kalau nak pakai lagu dia untuk sosial, kebajikan dan politik,” katanya semasa berucap pada Perhimpunan Agung Srikandi Bersatu 2022 di Menara PGRM, Cheras pada hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar Amir meletakkan peringatan lebih awal dalam karyanya sebelum dimuat naik selepas ini.

“Satu sahaja pesan saya untuk anak muda seperti Amir Jahari … teruskan berkarya, tetapi kalau kamu tak suka karya kamu itu tidak suka jika digunakan oleh orang politik, letak siap-siap sebelum kamu letak di YouTube dan sebagainya. Letak “Jangan guna lagu aku kalau kamu nak guna untuk tujuan politik”. Jangan bila saya dah post, baru nak letak begitu,” ujarnya.

Beliau juga tidak menolak tindakan penyanyi itu kerana mungkin tidak mahu dikaitkan dengan sebarang aktiviti politik, lebih-lebih status beliau yang merupakan ahli parlimen pembangkang.

“Saya percaya pada industri kreatif di Malaysia, betapa potensi besar di Malaysia untuk kita dapat pendapatan baik melalui usaha anak tempatan yang kreatif sebagaimana Amir Jahari Music.

“Baru berusia 30 tahun, namun anak muda ini mungkin takut, saya tak tahu. Sebab saya ini ahli parlimen pembangkang orang malu, kau faham tak semua ni? Orang takut dengan kita sebab kita pembangkang. Kamu berjuang untuk rakyat tetapi mereka malu dengan kita. Dosakah saya menghargai muzik?,” tambahnya lagi.

Sementara itu, mengulas lanjut berkenaan hantaran tersebut, beliau berkata bahawa hantaran berkenaan sebenarnya dimuatnaik oleh seorang anak muda berusia 19 tahun.

Menurutnya, tindakan itu dilihat hanya mahu menghargai muzik dan secara langsung mengajak orang lain menjadi pendengar lagu tersebut.

“Yang buat semua muat naik semua ini bukan saya, tetapi anak muda usia 19 tahun, lelaki kerana dia menghargai muzik, segar. Malah, Imaginur adalah filem yang sangat baik. Lakonan mantap dan idea baik.

“Sebab itu apabila dia menyatakan minta turunkan lagu kerana tidak mahu ada politik dan dia nak saman saya sebab copyright, saya jadi macam garu kepala. Saya tanya mana kamu dapat lagu ini? Dia cakap dari YouTube. Habis tu, kalau dapat dari YouTube tak kan tak nak bagi orang dengar, lagi orang dengar lagi bagus,” ujarnya. 

Pada hari yang sama, wakil pengurusan komposer Amir Jahari telah meminta Ahli Parlimen Masjid Tanah itu untuk memadam muat naik hantaran video tersebut.

Selain itu, bekas Pengurus Amir, Joe Lee juga menerusi ciapan Twitter miliknya turut menggesa Mas Ermieyati untuk memadamkan lagu tersebut.

Sumber: Astro Awani

The post Mas Ermieyati Mohon Maaf Dengan Amir Jahari, “Saya Akan Guna Lagu Nasyid” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*