Masjid Al Rahma Liverpool Cari Imam, Tawar Gaji Hampir RM200k

masjid al rahma imam

Masjid Al Rahma Liverpool Cari Imam, Tawar Gaji Hampir RM200k

Sebuah masjid yang terletak di Liverpool iaitu Masjid Al Rahma menawarkan gaji bermula kira-kira RM150,000 (30,000 pound) setahun untuk individu yang dapat menggalas tanggungjawab dengan sempurna sebagai imam di masjid tersebut.

Menerusi satu kenyataan, Liverpool Muslim Society (LMS) berkata pihaknya sedang berusaha untuk merekrut seorang imam yang dapat memberi inspirasi untuk menjalankan aktiviti masjid dan komuniti Islam di situ.

LMS berkata calon juga perlu melibatkan diri dengan ahli komuniti yang cukup luas selain perlu memberi penekanan kepada belia Islam dan orang Islam yang berada di sana dan menjadi imam di masjid berkenaan.

Difahamkan calon mestilah mempunyai kemahiran asas seperti mempunyai pemahaman yang kuat tentang Islam dan umat Islam.

“Diperlukan untuk menghafal al-Quran (wajar jika hafal semua ayat al-Quran).

“Mempunyai Ijazah yang diiktiraf dalam Pengajian Islam atau bidang berkaitan adalah ideal dan fasih berbahasa Inggeris serta Arab (bertutur dan bertulis),” memetik kenyataan itu.

Kredit: @alrahmamosque_lms/Instagram

Menurutnya, imam juga akan mewakili LMS dan masyarakat Islam dalam media dan mesyuarat selain acara rasmi.

BACA: Polis Akan Ambil Keterangan Ibu Bapa, Jiran Zayn Rayyan

Pengiklanan kerja tersebut mendapat perhatian ramai susulan gaji yang ditawarkan cukup lumayan iaitu sekitar RM150,000 hingga RM191,000 (30,000 ke 38,000 pound) setahun yang selaras dengan kriteria diminta oleh LMS. 

Secara ringkas, peranan imam yang adalah untuk menyertai imam yang sedia ada di Masjid al-Rahma dan berkhidmat kepada komuniti Islam yang semakin berkembang di Liverpool.

Kredit: @alrahmamosque_lms/Instagram

“Ambil tanggungjawab terhadap hal ehwal agama, komuniti dan pendidikan LMS dengan menyediakan bimbingan, amalan dan kepimpinan Islam kepada masyarakat Islam Liverpool mengikut ajaran Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Menurut LMS, seseorang calon itu menjadi ideal jika individu tersebut mempunyai pendidikan, berpengalaman, berkemahiran dan inspiratif dalam menjalankan tugas sebagai imam di masjid berkenaan.

“Seorang imam ialah pemimpin agama masyarakat dan orang yang mengimami solat harian.

“LMS mencari seorang yang berkarisma yang mempunyai kedua-dua pengetahuan Islam, komunikasi yang baik dan kemahiran kepimpinan untuk memikul tanggungjawab dalam hal ehwal agama, masyarakat dan pendidikan LMS.

“Dia perlu fleksibel dalam menguruskan waktu dan pendekatan mingguan untuk menjalankan tugas dengan berkesan dan cekap,” ujarnya.

Pencarian imam masjid tersebut diteruskan sehingga 14 Disember depan.

Sumber: @alrahmamosque_lms/Instagram

The post Masjid Al Rahma Liverpool Cari Imam, Tawar Gaji Hampir RM200k appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*