Masuk Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kesihatan UAI Semakin Baik

UAI rawatan hospital

Masuk Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kesihatan UAI Semakin Baik

Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau mesra disapa sebagai UAI dilapor sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Terengganu kerana mengalami masalah kesihatan.

Berita tersebut dikongsikan menerusi Facebook rasmi Exco Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.

Beliau membuat beberapa hantaran Facebook dibuat selepas selesai menziarahi penceramah tersebut di hospital pada Khamis, hari ini.

Berdasarkan kenyataannya, Ustaz Azhar Idrus (59) atau lebih sinonim dengan akronim, UAI telah ditahan di wad hospital sejak Selasa lepas.

Wan Sukairi turut memaklumkan keadaan kesihatan UAI yang semakin baik selepas menjalani rawatan di hospital berkenaan.

“Alhamdulillah, kesihatan Murabbi Ummah, Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus semakin bertambah baik setelah menjalani rawatan di hospital.

“Sewaktu ziarah Al-Fadhil Ustaz tadi, sempat juga beliau bergurau senda bersama kami sambil menceritakan kisah sakit yang sedang dilaluinya kini.

Selain itu, pihaknya juga sempat menghulurkan buah tangan kepada UAI berupa sebungkus hamper yang mengandungi buah-buahan.

“Mohon sama-sama doakan agar Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus diberi kesembuhan dan kesihatan Afiyah, insya-ALLAH,” katanya yang turut memaklumkan UAI dipindahkan ke wad kelas pertama.

Memetik laporan Sinar Harian, kuliah Maghrib Ambang Ramadan bersama penceramah tersebut di Masjid Kampung Bukit Tadok, Kuala Telemung sepatutnya berlangsung pada Rabu.

Namun, keadaan kesihatan UAI tidak mengizinkan dan kuliah tersebut terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

“Ditangguhkan atas sebab kesihatan, doakan kesembuhan buat Murabbi Ustaz Azhar Idrus,” kenyataan Facebook Ustaz Azhar Idrus semalam.

Dalam pada itu, beberapa tokoh agama dan pemimpin politik turut mendoakan kesihatan dan kesejahteraan UAI, lapor Sinar Harian.

Sebelum ini, terdapat video tular yang menunjukkan UAI diserbu peminat ketika belia berada di Kuala Lumpur.

Ketika itu, UAI dipercayai sedang bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur termasuk berada di hadapan pusat beli-belah di SOGO, beberapa hari lepas.

Semasa melalui kawasan berkenaan, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mendekati dan bertegur sapa dengannya.

Dapat dilihat, orang ramai bersilih ganti mahu bergambar dengan beliau. Ada yang mengambil foto sama ada secara berdua, berkumpulan mahupun swafoto bersama penceramah asal Terengganu tersebut.

Selain daripada itu, ada peminat yang berkesempatan berjabat tangan dengan beliau. Orang ramai juga dilihat mengekori rapat pergerakan beliau ketika berada di hadapan pusat beli belah tersebut.

Manakala UAI pula dilihat tenang sambil melemparkan senyuman melayan permintaan orang ramai untuk bergambar dan beramah mesra dengannya.

BACA: UAI Diserbu Peminat Di SOGO KL, Ramai Bergambar Sampai Pelancong Hairan

Sumber: Sinar Harian

The post Masuk Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kesihatan UAI Semakin Baik appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*