Mayat Lelaki Dalam Tangki Najis, Polis Buru Suami Isteri

mayat tangki najis

Mayat Lelaki Dalam Tangki Najis, Polis Buru Suami Isteri

IPOH, 15 Mei (Bernama) — Seorang lelaki warga Indonesia ditemukan maut dalam sebuah tangki najis dipercayai dibunuh di Kuala Kangsar, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat lelaki tersebut yang dianggarkan berusia 40-an pada 12.20 tengah malam.

“Hasil siasatan di tempat kejadian telah menjumpai mayat di dalam sebuah tangki najis yang terletak di bahagian belakang sebuah rumah dalam keadaan berkain sarung dan berseluar dalam tanpa baju.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan pada hari ini di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati punca kematian adalah disebabkan trauma dipukul objek tumpul di bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau berkata polis sedang mengesan pasangan suami isteri yang juga rakan serumah mangsa dipercayai telah melarikan diri, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar di talian 05-7762222 atau Pegawai Penyiasat ASP Mohd Subkey Alias di talian 013-9285436,” katanya.

Mayat Nelayan Mangsa Serangan Buaya Ditemukan Guna Teknik Tradisional

Sebelum ini, media melaporkan mayat seorang nelayan yang dipercayai menjadi mangsa terbaharu serangan buaya di Sungai Batang Oya, Mukah, kira-kira 180 kilometer dari sini berjaya ditemukan.

Ketua Polis Daerah Dalat DSP Saga Chunggat berkata mayat Roslin Madaie, 58, dari Kampung Boom Oya dijumpai penduduk kampung menggunakan teknik tradisional menunda mata kail di sungai itu kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

Dalam satu kenyataan hari ini, Saga berkata polis menerima panggilan kejadian itu kira-kira pukul 11.26 malam tadi sebelum sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Dalat menggunakan Land Rover Polis. Hasil pemeriksaan doktor bertugas dan pegawai penyiasat kes mendapati kecederaan pada badan mangsa ialah sinonim dengan gigitan binatang buas,” katanya.

Sumber: BERNAMA

BACA: Polis Kesan Individu Dipercayai Lempar Objek Seperti Bom

The post Mayat Lelaki Dalam Tangki Najis, Polis Buru Suami Isteri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*