Mayat Lelaki Ditemui Di Tempat Pembuangan Sampah

mayat lelaki tempat sampah

Mayat Lelaki Ditemui Di Tempat Pembuangan Sampah

MUAR — Mayat seorang lelaki tanpa pakaian ditemukan di tempat pembuangan sampah di tepi Jalan Felda Maokil-Bukit Kepong, Lenga pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Muhkhliz Azman Aziz berkata pihaknya telah mengesahkan penemuan mayat lelaki terbabit. Susulan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar telah ditugaskan ke lokasi kejadian.

Tambahnya, hasil siasatan awal mendapati mayat berada dalam keadaan terlentang serta tidak berpakaian (hanya seluar dalam).

“Lokasi penemuan mayat ini merupakan tempat pembuangan sampah berdasarkan longgokan sampah-sampah di kawasan tersebut.

“Setakat ini, pihak polis masih lagi menyiasat keberadaan sebenar mayat sama ada ia merupakan tempat kejadian kematian atau lokasi kedua (dibuang atau diletakkan),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Reput & Identiti Tidak Dapat Disahkan

Maklum Raiz, hasil pemeriksaan oleh pasukan Forensik Zon Utara dan Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mendapati mayat telah mereput dan tiada sebarang maklumat identiti diperolehi.

BACA JUGA: Mayat Lelaki Tanpa Pakaian Ditemukan Di Tepi Sungai Golok

Susulan itu, mayat lelaki itu telah dihantar ke unit forensik di hospital berkenaan bagi proses bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.

Kematian Dipercayai Berkait Unsur Jenayah

“Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian adalah kecederaan kepala akibat trauma tumpul dan dipercayai ada unsur jenayah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Jika disabit kesalahan membawa hukuman mati,” jelasnya lagi.

Sehubungan itu, pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian itu untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar untuk membantu siasatan. Orang awam juga menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Zakini Ab Latif menerusi talian 013-233 8184.

Mayat ditemui Di Ladang Kelapa Sawit

Terdahulu, mayat tanpa identiti ditemui dalam keadaan terbakar di tepi kebun kelapa sawit berhampiran kandang lembu di Kampung Sungai Limau, lapor Sinar Harian.

Sekitar jam 7 pagi, orang awam yang melalui kawasan tersebut menemui mayat tersebut selepas ternampak asap di dalam semak.

Sumber: Polis Daerah Muar

The post Mayat Lelaki Ditemui Di Tempat Pembuangan Sampah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*