Mayat Pelajar Hilang Selama 47 Tahun Ditemui Dalam Sungai

Pelajar Hilang Selama 47 Tahun Ditemui

Mayat Pelajar Hilang Selama 47 Tahun Ditemui Dalam Sungai

Mayat seorang lelaki yang ditemui ditemui dalam sungai Alabama, Amerika Syarikat dikenal pasti sebagai pelajar yang hilang 47 tahun lalu, memetik laporan Daily Star.

Difahamkan mayat berkenaan, Kyle Clinkscales berusia 22 tahun (masa kejadian) dijumpai pada Disember 2021 apabila seorang lelaki menghubungi pihak polis selepas melihat sebuah kenderaan di dalam sungai Chambers County, Alabama.

Sejurus selepas kereta Ford Pinto telah berjaya ditarik dari sungai, pihak polis mengesahkan bahawa mereka menemui sisa rangka di samping barang peribadi milik mangsa (mayat).

Sekitar setahun kemudian, Pejabat Polis Daerah Troup mengenal pasti secara positif bahawa identiti mayat itu sebagai Kyle selepas ujian daripada Makmal Jenayah Biro Siasatan Georgia mengumumkan keputusannya.

“Pada 19 Februari 2023, Pejabat Polis Daerah Troup telah dimaklumkan oleh Pejabat Koroner Daerah Troup bahawa mayat tersebut secara positif dikenal pasti sebagai Kyle Clinkscales,” kata mereka dalam satu kenyataan.

Memetik Daily Star, Kyle dilihat kali terakhir pada petang Jumaat, 27 Januari 1976 meninggalkan Moose Club iaitu tempat kerjanya di LaGrange, Georgia.

Pihak polis berkata bahawa Kyle telah merancang untuk kembali ke Universiti Auburn di Alabama, malangnya dia dipercayai tidak tiba di destinasinya itu.

Kredit: Troup County Sherff’s Office via Daily Star

Malah, ibu bapa Kyle, John dan Louise Clinkscale dikatakan menghabiskan sisa hidup mereka untuk mencari Kyle selepas kehilangannya secara misteri dilaporkan.

Sekitar tahun 1981, mereka dikatakan mendapat berita gembira apabila seorang lelaki dari Oregon mengaku bahawa dia adalah anak mereka.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan dipercayai mengalami amnesia selepas kemalangan dan hanya bertindak demikian untuk mendapatkan identiti (dokumen pengenalan diri).

Perkara sebaliknya pula dikatakan oleh ibu kandung lelaki tersebut yang mendedahkan bahawa lelaki tersebut tidak pernah mengalami sebarang amnesia dan mengaku lelaki itu adalah anak mereka.

Lebih menyedihkan ibu bapa Kyle dipercayai telah meninggal dunia apabila mayat tersebut ditemui.

Difahamkan, John meninggal dunia akibat serangan jantung pada 2007 manakal Louise meninggal dunia apda 2021, hanya 11 bulan sebelum penemuan kereta Kyle.

“Satu-satunya perkara yang boleh menjadi lebih buruk daripada kematian adalah kita tidak mengetahuinya,” kata John pada tahun 1976.

Kredit: Daily Star

Bagaimanapun, pihak polis mengatakan bahawa punca dan bagaimana kematian Kyle masih belum dapat ditentukan.

Namun, pihak penyiasat sebelum ini percaya kemungkinan Kyle boleh dibunuh susulan pada tahun 2005 mereka menahan dua suspek berhubung kehilangannya.

Ia selepas ibu bapanya dihubungi lelaki (berusia tujuh tahun ketika kejadian berlaku) mendakwa dia menyaksikan pembuangan mayat Kyle.

Lelaki itu mendakwa Kyle dibunuh oleh seorang lelaki yang dikatakan telah meninggal dunia pada tahun 2001.

Malah maklumat itu membawa kepada penahanan seorang lelaki dan wanita yang disyaki terlibat dalam insiden itu.

Bagaimanapun, kedua-duanya tidak didakwa atas pembunuhan Kyle.

 

Sumber: Daily Star

The post Mayat Pelajar Hilang Selama 47 Tahun Ditemui Dalam Sungai appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*