Peranti Perubatan Tak Berdaftar Dikesan, Turut Diguna Hospital

peranti perubatan tak berdaftar hospital

Peranti Perubatan Tak Berdaftar Dikesan, Turut Diguna Hospital

KUALA LUMPUR — Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan peranti perubatan tak berdaftar dalam pasaran. Peranti tersebut adalah jenis Gauze Pack with X-Ray Detectable Line jenama White Dove tidak didaftarkan dalam pasaran.

Ketua Eksekutif MDA, Dr. Muralitharan Paramasua dalam satu kenyataan hari ini berkata peranti tersebut didapati digunakan di hospital dan klinik.

Tambah Muralitharan, peralatan itu juga mempunyai masalah berkaitan keselamatan dan prestasi seperti penanda x-ray yang rapuh.

Berikutan itu, ia boleh meningkatkan risiko kecederaan dan melambatkan proses penyembuhan serta rawatan.

“Oleh itu, MDA menasihatkan pengguna untuk menghentikan penggunaan peranti ini dan mendapatkan peranti alternatif untuk digunakan dalam atau semasa rawatan,” menurut satu kenyataan hari ini.

BACA JUGA: Kes Ameba Pemakan Otak Di Korea Selatan, KKM Minta Orang Ramai Hati-hati Ketika Buat Aktiviti Air Tawar

Semua pengguna peranti perubatan juga dinasihatkan untuk lebih peka dalam memastikan(kesan) peranti perubatan yang dibeli atau digunakan.

Peranti perubatan tak berdaftar dikesan, turut diguna hospital

Ia bagi memastikan peranti yang digunakan adalah berdaftar.

“Orang awam digalakkan untuk menyemak status pendaftaran sesuatu peranti melalui laman sesawang mdar.mda.gov.my.

“Sebarang aduan berkaitan produk tidak berdaftar boleh disalurkan kepada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan, KKM melalui Sistem Pengurusan Maklumbalas MDA (MDAFEMES) di alamat femes.mda.gov.my. Ia agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membanteras penjualan peranti perubatan yang tidak berdaftar di pasaran,” katanya lagi.

Sebelum ini, KKM sebelum ini dalam satu kenyataan telah mengesan lima produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia telah dikesan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) KKM.

Susulan itu, NPRA menggesa orang awam untuk mengelakkan daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik dikesan mengandungi racun terlarang itu.

BACA JUGA: Tular Video Tikus Makan Ayam Di Restoran, KKM Minta Maklumat Segera

Antara produk kosmetik yang dikesan mengandungi bahan terlarang itu termasuklah Karisma Birds Nest Gel (mengandungi Hydroquinone dan Tretinoin), Haemun Cream (Miconazole).

“Tiga lagi produk mengandungi merkuri iaitu Sweet 13 Skincare Treatment Cream, Ninaskincare Skin Puteh Moisturizer serta Skin Dessert Cream.” jelas Noor Hisham.

Sumber: Medical Device Authority – MDA

The post Peranti Perubatan Tak Berdaftar Dikesan, Turut Diguna Hospital appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*