ALOR SETAR: Kedah Darul Aman (KDA) FC membuat kejutan selepas seminggu jendela perpindahan pemain dibuka apabila mengumumkan berpisah dengan pemain tengahnya Habib Haroon.
Menerusi maklumat yang dimuat naik oleh media Sang Kenari petang tadi, Habib yang merupakan warga Bahrain mencapai persetujuan dengan KDA FC untuk menamatkan kontrak lebih awal sekali gus menamatkan spekulasi yang memuncak apabila dia tidak menghadir latihan sejak minggu lalu.
“Selepas perbincangan bersama, kami menghormati keputusan Habib Haroon untuk bergerak ke arah yang berbeza, menamatkan kontrak lebih awal dengan persetujuan kedua-dua pihak memandangkan dia mempunyai komitmen peribadi di Bahrain.
“Kudrat yang ditaburkan sebagai perancang pasukan banyak memberi kesan positif dalam prestasi semasa, hingga layak ke separuh akhir Piala FA 2024-25 dan seluruh warga KDA FC menghargai semua usahanya di dalam dan luar padang.
sumber: BH
“Walaupun perjalanan Habib dan KDA FC berakhir di sini, kami doakan dia terus berjaya di masa hadapan. Pihak pengurusan KDA FC ingin mengucapkan terima kasih atas segala sumbangan dan dedikasi Habib sepanjang bersama pasukan Sang Kenari.”