Menang 2-0 Menentang Wolves, Liverpool Kini Di Kedudukan “Top 6” EPL

Liverpool menang 2-0

Menang 2-0 Menentang Wolves, Liverpool Kini Di Kedudukan “Top 6” EPL

Gol daripada Virgil van Dijk dan Mohamed Salah berjaya memberikan kemenangan untuk Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris ketika menentang Wolverhampton Wanderers awal pagi tadi.

Skuad kendalian Jurgen Klopp pada awalnya ditimpa malang apabila jaringan daripada Darwin Nunez tidak diterima selepas pengadil merujuk VAR.

Bagaimanapun, kapten The Reds, Van Dijk memberikan aksi terbaiknya selepas berjaya menanduk bola dan menjaringkan gol selepas menerima hantaran lintang daripada Diogo Jota.

Selang empat minit kemudian, Salah pula berjaya menjaringkan gol dengan bantuan daripada Konstantinos Tsimikas.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Kemenangan itu telah melonjakkan Liverpool ke tangga keenam dalam senarai kutipan mata, dengan enam mata di belakang Tottenham Hostpur di tempat keempat.

Wolves kini kekal di tempat ke-15, tiga mata di atas zon penyingkiran, setelah mempamerkan aksi longlai pada Liga Perdana musim ini.

Van Dijk memberikan semangat kepada Liverpool

Setelah gagal menjaringkan gol dalam empat perlawanan Liga Perdana mereka sebelum ini, Klopp akhirnya lega selepas Nunez dibenarkan untuk bermain selepas mengalami masalah bahu.

Bagaimanapun, hasil kerja keras penyerang Uruguay itu, Liverpool akhirnya berjaya meletakkan diri mereka di hadapan.

Trent Alexander-Arnold membuat sepakan percuma ke arah Van Dijk sebelum dia menggunakan bahunya menanduk bola ke arah tiang gol.

Penjaga gol Wolves, Jose Sa berjaya menepis bola tersebut, namun Jota yang berada berdekatan tiang gol telah menahan bola. Jota kemudiannya membuat hantaran lintang jarak dekat kepada Van Dijk sebelum akhirnya berjaya menjaringkan gol.

Liverpool wolves menang 2-0

Tidak menunggu lama, selang beberapa minit Liverpool akhirnya menjaringkan gol kedua hasil sepakan daripada Salah. Penyerang Mesir itu berjaya menghasilkan jaringannya selepas menerima hantaran daripada Tsimikas yang berada di kiri padang.

Selepas kekalahan 5-2 di tempat sendiri kepada Real Madrid dan seri di Palace pada hujung minggu lalu. Kemenangan ini merupakan sesuatu yang penting buat Liverpool sebelum turun menentang Manchester United hujung minggu ini.

Sumber: BBC

The post Menang 2-0 Menentang Wolves, Liverpool Kini Di Kedudukan “Top 6” EPL appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*