Menangi Pakej Umrah Atau Kembara Korea Dari IKHLAS Di Kamya Fest 2023

  • Bayar Zakat atau Fidyah untuk menang pakej Umrah atau kembara Korea IKHLAS
  • Rebut barangan eksklusif IKHLAS dan airasia academy menerusi trivia Happy Hour
  • Solat dengan selesa di Surau IKHLAS

KUALA LUMPUR, 10 Februari 2023 – Tunaikan Zakat dan Fidyah sebelum menjelang Ramadan dan rebut peluang untuk memenangi pakej Umrah atau kembara mesra Muslim ke Korea di Kamya Fest yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini mulai 10 hingga 12 Februari 2023.

Pengunjung festival hanya perlu memuat turun aplikasi IKHLAS, daftar dan membuat bayaran minimum RM50 untuk melunaskan Zakat atau Fidyah menerusi aplikasi tersebut untuk menyertai cabutan bertuah di mana pemenang akan diumumkan pada hari terakhir festival tersebut. Pengunjung bertuah juga boleh merebut barangan eksklusif IKHLAS dengan menjawab soalan-soalan trivia.

Ketua Pegawai Eksekutif IKHLAS, Ikhlas Kamarudin berkata, “Dengan sasaran seramai 50,000 pengunjung ke Kamya Fest, kami gembira untuk menaja Surau IKHLAS untuk memastikan pengunjung Muslim dapat melaksanakan ibadah dengan selesa sepanjang tiga hari itu.

“Kami menyeru para pengunjung untuk merebut peluang ini untuk melihat pakej IKHLAS Umrah dan pakej pelancongan halal mampu milik yang kami tawarkan. Dengan kurang dua bulan lagi kita akan menyambut Ramadan, pengunjung boleh melunaskan zakat atau fidyah dengan selesa menerusi aplikasi IKHLAS.”

Dilancarkan sewaktu pandemik pada Oktober 2020, IKHLAS, merupakan platform kembara dan gaya hidup patuh shariah khusus untuk umat Islam melaksanakan ibadah dengan mudah. Selain tawaran pakej pelancongan halal dengan usahasama AirAsia Aviation Group dan cabang perniagaan Capital A lain, aplikasi IKHLAS juga menawarkan kemudahan Zakat, Sadaqah, Aqiqah, Fidyah dan Qurban.

Sementara itu, pengunjung yang ingin mengikuti kursus teknologi dapat menikmati potongan 23% untuk pelbagai pilihan kursus dengan airasia academy. Antaranya Analisis Data, Pemasaran Digital, Kejuruteraan Perisian, Infrastruktur Awan dan Keselamatan Siber. Cabang teknologi pendidikan Capital A itu juga akan menawarkan cenderamata eksklusif kepada pelanggan terawal On-Demand Learning (ODL) dan mereka yang mendaftar untuk kursus Kemahiran Insaniah sehingga 27 Februari 2023 dengan topik menarik seperti kemahiran telesales, khidmat pelanggan, kepimpinan, pembangunan pasukan dan lain-lain.

Kamya Fest 2023 merupakan projek sulung Kamya bertujuan untuk mempromosikan bakat dan menggalakkan usahawan tempatan dalam kalangan milenium. Festival itu berlangsung selama tiga hari bermula 10 hingga 12 Februari 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil dan menampilkan hampir 300 vendor tempatan yang mempamerkan produk dan perkhidmatan seperti makanan dan minuman, fesyen, automotif, muzik, seni, sukan dan banyak lagi. Antara artis dan selebriti yang dijemput ialah Nabila Huda, Dolla, Eja, Ayie Floor88, Wak Doyok dan lain-lain.

Ikuti perkembangan terkini dari IKHLAS menerusi laman web /www.ikhlas.com atau muat turun aplikasi IKHLAS di Apple App Store dan Google Play Store.

The post Menangi Pakej Umrah Atau Kembara Korea Dari IKHLAS Di Kamya Fest 2023 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*