Mengenai Permohonan Semakan Kehakiman JILL Ireland Lawan Menteri Dalam Negeri

  1. Pendirian Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah menghormati,  memperakui, dan menerima pakai ketetapan enakmen negeri-negeri  dan titah YDPA Agong pada 7 Februari 2023 yang menzahirkan agar  dikekalkan dasar sedia ada yang sedang berkuatkuasa berhubung isu  penggunaan kalimah Allah. 
  2. Dalam hal ini, adalah ditegaskan bahawa KDN komited dalam urusan  mempertahankan dan melindungi kepentingan Islam, orang Melayu  dan Institusi Beraja di Malaysia khususnya dalam isu penggunaan  kalimah Allah selaras dengan Perkara 11(1) dan Perkara 11(4)  Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan sungguhpun  setiap individu berhak menganuti dan mengamalkan agamanya,  namun masih tertakluk kepada undang-undang Persekutuan/ Negeri  yang boleh mengawal atau menyekat pengembangan doktrin atau  kepercayaan agama lain dalam kalangan orang Islam.
  3. Untuk makluman, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah  dibuat dengan menggunakan pendekatan perundangan sivil dan  pentadbiran iaitu isu berkaitan rampasan bahan penerbitan pada  ketika itu dan bukanlah dari sudut teologi ataupun apa jua yang  melibatkan penggunaan kalimah Allah. Ini kerana, fungsi Mahkamah  itu sendiri adalah tidak bersesuaian untuk memutuskan hal-ehwal berkaitan agama secara spesifik. Justeru, dalam penghakiman  Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Mac 2021, jelas bahawa  Hakim membuat keputusan berdasarkan pendekatan secara  pentadbiran dan tidak menyentuh mengenai penggunaan kalimah  Allah serta ianya didapati konsisten dengan keputusan Mahkamah  Persekutuan terhadap kes Titular Roman Catholic Archbishop Kuala  Lumpur lawan Menteri Dalam Negeri pada tahun 2014. Bersangkutan  dengan hal ini, keputusan Kerajaan untuk tidak meneruskan permohonan rayuan tersebut adalah dibuat mengikut case-by-case  basis; tanpa menjejaskan fakta bagi setiap satu kes yang sedang  dalam tindakan Mahkamah. 
  1. Sewaktu proses permohonan rayuan sedang berjalan, KDN turut  memperhalusi dengan teliti keputusan Mahkamah Tinggi Kuala  Lumpur pada 10 Mac 2021 yang mendapati terdapat percanggahan  antara keputusan yang dibuat oleh Kabinet pada 19 Mei 1986 dan  Arahan Pentadbiran yang kemudiannya dikeluarkan oleh KDN pada 5  Disember 1986. Oleh yang demikian, KDN mengambil langkah  mengkaji dan mengemaskini satu arahan yang lebih menyeluruh bagi menangani isu penggunaan kalimah “Allah”, “Baitullah”, “Solat”, dan  “Kaabah” agar selari dengan kepentingan dan kemaslahatan  masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia serta penyeliaan  dan kawalan yang lebih berkesan terhadap bahan-bahan penerbitan  yang menyalahi peruntukan perundangan yang berkuatkuasa. 
  2. KDN lebih memfokuskan kepada aspek ketenteraman awam selaras  dengan Perkara 11(5) Perlembagaan Persekutuan yang  memperuntukkan bahawa kebebasan beragama tersebut tidaklah  membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman  awam, kesihatan awam atau kemoralan.
  1. Di kesempatan ini, KDN ingin menyatakan komitmen terhadap pencegahan penyebaran unsur-unsur yang memudaratkan  ketenteraman awam melalui tindakan penyeliaan dan kawalan  terhadap bahan penerbitan yang memudaratkan atau mungkin  memudaratkan ketenteraman awam dari semasa ke semasa secara  berterusan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Mesin Cetak  dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 serta Perkara 11 Perlembagaan  Persekutuan. 
  2. KDN sekali lagi menegaskan Perkara 11(1) dan Perkara 11(4)  Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan sungguhpun setiap  individu berhak menganuti dan mengamalkan agamanya, namun  masih tertakluk kepada undang-undang Persekutuan/ Negeri yang  boleh mengawal atau menyekat pengembangan doktrin atau  kepercayaan agama lain dalam kalangan orang Islam.  
  3. Sekiranya masyarakat awam mendapati penerbitan di atas atau mana mana penerbitan yang dikhuatiri melanggar undang-undang negara  masih diedarkan di pasaran, aduan boleh dibuat kepada Bahagian  Penguatkuasaan dan Kawalan, KDN di talian 03-88868047 atau faks  03-88891682 atau melalui Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN  di laman sesawang http://moha.spab.gov.my

The post Mengenai Permohonan Semakan Kehakiman JILL Ireland Lawan Menteri Dalam Negeri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*