Mengerikan, Anjing Temui Tangan Manusia Di Hutan

Anjing Temui Tangan Manusia

Mengerikan, Anjing Temui Tangan Manusia Di Hutan

Seekor anjing menemui bahagian tangan manusia semasa berjalan-jalan dengan tuannya dalam kejadian yang berlaku di New York baru-baru ini.

Memetik The Mirror, penemuan ngeri itu dikesan di kawasan pejalan kaki di North Mount Loretto State Forest, Staten Island, New York City.

Bagaimanapun, Jabatan Polis New York berkata, pemilik tangan itu merupakan seorang wanita berusia 63 tahun yang telah meninggal dunia pada tahun 2011.

Mayat wanita itu dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran di mana kawasan perkuburan di sebelahnya telah digali pada Februari lalu.

Dalam pada itu, pihak polis percaya kerja-kerja penggalian semula itu telah merosakkan kerandanya sehingga menyebabkan rangka tangannya tertimbus.

Anjing Temui Tangan Manusia
Kredit: NBC New York via The Mirror

Pada mulanya, ia mencetuskan kebimbangan dalam penduduk dengan mempercayai pasangan (tuan dengan anjing) telah membongkarkan jenayah yang berlaku di kawasan itu.

Sebelum ini terdapat satu insiden pembunuhan beramai-ramai di kawasan tempatan yang juga dijumpai sejak lebih sedekad sebelum ini.

Penemuan Tulang

Sementara itu di UK, pihak polis melancarkan satu siasatan selepas penemuan ‘tulang’ manusia di dalam sebuah hutan.

Susulan itu, pihak berkuasa telah dipanggil ke kawasan berhampiran Cottingwood Lane, di Morpeth, Northumberland sejurus selepas jam 3 petang Khamis.

Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan pada hari Jumaat malah pihak polis bertindak untuk mengepung kawasan hutan tersebut.

BACA JUGA: Pemandu ‘Seriau’ Jentera Tak Hidup Ketika Live, Cara Pengacara Ini Cover Balik Bikin Terhibur

Hal ini ekoran daripada seorang pejalan kaki bersama anjing di kawasan Morpeth yang pergi ke Sekolah King Edward VI berhampiran berkata mereka terkejut dengan penemuan yang mencurigakan itu.

Malah, seorang lagi pejalan kaki berkata dia membawa kedua-dua ekor anjingnya mengelilingi ladang berhampiran setiap hari.

Bagaimanapun, dia dikatakan terkejut apabila mendengar tulang dijumpai di kawasan itu.

Anjing Temui Tangan Manusia
Kredit: ABC News 7 via The Mirror

Polis Northumbria berkata dalam satu kenyataan, “Sejurus sebelum jam 3 petang Khamis lalu, kami menerima laporan potensi tulang manusia ditemui di kawasan hutan berhampiran Cottingwood Lane, Morpeth.

“Pegawai masih berada di tempat kejadian untuk menjalankan siasatan sejurus selepas penemuan itu,” tambahnya.

Dalam kesempatan yang sama, pihak berkuasa turun menyeru sesiapa yang mempunyai sebarang kebimbangan dinasihatkan untuk bercakap dengan pegawai yang bertugas.

Malah, sesiapa yang mempunyai maklumat juga boleh melaporkan kepada pihak polis dengan menggunakan halaman Tell Us Something’.

Sumber: The Mirror

The post Mengerikan, Anjing Temui Tangan Manusia Di Hutan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*