Menteri Jelaskan Tiada Keperluan Zii Jia Kembali Ke BAM

keperluan zii jia pulang bam

Tiada Keperluan Lee Zii Jia Pulang Ke BAM – Hannah Yeoh

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata bahawa tiada keperluan untuk pemain badminton perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia kembali semula ke Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Baginya, program Road to Gold (RTG) akan membantu atlet negara sebaik mungkin.

Sebagai contoh, jika Zii Jia ingin berlatih di Ipoh dan itu merupakan pilihan terbaik untuk atlet tersebut, maka RTG akan sedaya upaya memastikan perkara tersebut menjadi kenyataan.

“Selepas Zii Jia menyertai Seluruh England, kami ada berhubung dan mahu berjumpa selepas dia pulang ke Malaysia.

“Keperluan setiap atlet adalah berbeza. Setiap pemain memiliki komitmen yang tertentu, tidak mengira atlet profesional atau di bawah naungan badan induk sukan.

“Jika dia mahu berlatih di Ipoh, Perak, kami akan berusaha membantu mengikut kemampuan untuk menyediakan apa yang terbaik buat atlet tersebut,” jelasnya.

Pada masa yang sama, gandingan beregu profesional Malaysia, Goh Soon Huat-Shevon Lai dapat menarik nafas lega apabila tersenarai dalam program Road to Gold ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Kata Shevon, program ini bakal meringankan beban mereka untuk melayakkan diri ke temasya Sukan Olimpik Paris. Perkara ini sekaligus meningkatkan tahap keyakinan mereka bagi meletakkan sasaran pingat pada temasya sukan terbesar di dunia itu.

“Saya sangat lega kerana tersenarai dalam RTG ke Sukan Olimpik.

“Sebelum ini kami berdepan cabaran daripada setiap aspek, bertindak sebagai pemain profesional, kami perlu mendapatkan sumber kewangan yang kuat sebagai persiapan latihan dan menghadapi kejohanan,” kata Shevon.

Projek Road to Goal ditubuhkan untuk memfokuskan sasaran pingat negara pada temasya Olimpik yang akan datang

Sebelum ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan pembentukan pasukan projek Road to Gold yang bertujuan untuk menyelaras usaha negara bagi meraih pingat emas di Sukan Olimpik.

Jawatankuasa ini akan dipengerusikan bersama oleh Menteri Belia dan Sukan YB Hannah Yeoh dan YBhg. Tan Sri (Dr.) Norza Zakaria, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Dalam pada itu, jawatankuasa ini akan menyediakan rangka kerja jangka panjang meliputi Paris 2024 dan Los Angeles 2028.

Oleh sebab itu, Jawatankuasa Gold Paris kini akan dikenali sebagai Jawatankuasa Road to Gold.

Beberapa legenda sukan negara dilantik sebagai ahli jawatankuasa iaitu, Datuk Nicol Ann David, Datuk Wira Lee Chong Wei dan legenda hoki, Dato’ Mirnawan bin Datuk Haji Nawawi.

Setakat ini, jawatakuasa tersebut ditugaskan mengenal pasti keperluan tambahan yang diperlukan bagi menjayakan misi meraih emas di Olimpik.

BACA: Hannah Yeoh Jumpa Zii Jia Minggu Depan

Sumber: Astro Awani

The post Menteri Jelaskan Tiada Keperluan Zii Jia Kembali Ke BAM appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*