Menteri Komunikasi Indonesia Ditahan, Berdepan Dakwaan Rasuah Bernilai Lebih RM2 Bilion

Menteri komunikasi indonesia ditahan

Menteri Komunikasi Indonesia Ditahan, Berdepan Dakwaan Rasuah Bernilai Lebih RM2 Bilion

Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat Indonesia, Johnny Gerard Plate dilaporkan telah ditahan atas dakwaan rasuah pada hari ini, lapor Mothership.

Video yang bertebaran telah menunjukkan Plate diiringi keluar dari pejabat AGO dengan memakai jaket merah jambu dan hitam, serta tangannya digari.

Plate dinamakan sebagai suspek dalam dakwaan kes rasuah yang membabitkan pembekalan menara Stesen Transceiver Pangkalan 4G (BTS).

Projek itu dilaporkan dijalankan oleh Agensi Kebolehcapaian Telekomunikasi dan Informatik (BAKTI), sebuah agensi di bawah kawalannya.

Menurut Bloomberg, projek itu bertujuan untuk mempercepatkan perkhidmatan telekomunikasi berkelajuan tinggi di seluruh Indonesia.

Rancangan itu dibuat untuk membina hampir 8,000 menara BTS yang disebut sebagai wilayah 3T (terdepan, terluar, tertinggal iaitu tempat yang ketinggalan). Pembangunan 3T bertujuan untuk memberi capaian bagi wilayah pedalaman dan kurang membangun di Indonesia.

Laporan audit oleh Agensi Penyeliaan Kewangan dan Pembangunan mengatakan bahawa lebih daripada 8 trilion Rupiah (RM2.4 bilion) telah hilang akibat daripada projek-projek tersebut.

Plate adalah suspek keenam yang dinamakan oleh AGO, dan berjaya ditahan selepas dipanggil untuk soal siasat pusingan ketiga.

Dua Menteri yang lain dijatuhi hukum penjara

Pada 2021, kedua-dua Menteri Hal Ehwal Sosial, Juliari Peter Batubara dan Menteri Perikanan, Edhy Prabowo masing-masing dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan lima tahun. Kedua-duanya didakwa kerana terlibat dalam rasuah.

Menurut Bloomberg lagi, skandal ini berlaku selepas pendedahan baru-baru ini mengenai skandal cukai bernilai USD20 bilion selama 14 tahun.

Kedudukan Indonesia dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International juga telah menurun daripada 96 kepada 110 antara 2021 dan 2022.

BACA: Pengasas Pusat Tahfiz Mengaku Tidak Bersalah Lakukan Amang Seksual

Terdahulu, salah satu sindiket penipuan terbesar di dunia yang menipu lebih daripada AUD1 bilion (RM3.1 bilion) daripada pelabur telah berjaya ditumpaskan oleh penyiasat Australia.

Memetik 9News, penyiasat jenayah siber yang berpangkalan di New South Wales dan pengerusi IFW global Ken Gamble melancarkan siasatan di seluruh dunia untuk membongkar penipuan bilik dandang yang menggunakan taktik jualan melalui pusat panggilan. Ia kemudian memujuk untuk membeli saham palsu dalam syarikat.

Gamble memberitahu Ben Fordham bahawa siasatan mengambil masa lebih tiga tahun untuk mengenal pasti sindiket yang melibatkan 80 tangkapan, termasuk ketua operasi.

Sumber: Mothership

The post Menteri Komunikasi Indonesia Ditahan, Berdepan Dakwaan Rasuah Bernilai Lebih RM2 Bilion appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*