Meronta Sakit, Pakar Sahkan Kesan Lecur Di Tangan Bella Kemungkinan Besar Disebabkan Air Panas

Dah lama kan kita tak dengar perkembangan mengenai kes adik Bella, remaja Sindrom Down yang sebelum ini dikatakan didera pengasas rumah Bonda, Siti Bainun.

Memetik laporan daripada Harian Metro, pakar Bedah Plastik Hospital Kuala Lumpur (HKL) memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen bahawa kesan melecur di bahagian tangan adik Bella berkemungkinan besar disebabkan oleh air panas.

Menurut Dr Salmi Mohamed Shukur, 46, pengesahan itu berdasarkan laporan yang diberikan pegawai perubatan, Dr Sheshadri Sridar pada 26 Jun 2021 ketika merawat mangsa.

Tambah Dr Salmi lagi, terdapat beberapa parut luka matang di sekitar badan dan tangan Bella.

Dalam pada itu, Dr Salmi turut menyatakan bahawa Bella akan menangis dan tidak gembira semasa menerima rawatan.

Semasa dirawat kita terpaksa memegang tangan Bella. Dia menangis bila kita pegang tangan. Dia, tidak happy mungkin sakit sebab itu Bella menangis.

Dr Salmi turut menambah bahawa beliau dan beberapa pegawai perubatan yang lain terpaksa memegang Bella bagi mengelak dia meronta.

BACA: Enggan keluar bersama, lelaki tikam bekas kekasih selepas 2 minggu ‘break up’

SUMBER : Harian Metro

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*