Mesej mengenai jenayah push-pocket, peras ugut diulang siar

peniaga lemas

peniaga lemas

PETALING JAYA: Tiada laporan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kegiatan jenayah push-pocket dan peras ugut di kawasan tumpuan seperti di lapangan terbang dan stesen transit aliran ringan (LRT).

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, mesej mengenai kegiatan itu tular sejak 2016 dan kembali diulang siar di beberapa platform media sosial.

“Menerusi mesej itu, penjenayah menggunakan modus operandi dengan memasukkan telefon bimbit atau dompetnya ke dalam beg mangsa sebelum menuduh mangsa mencuri barangan miliknya.

“Mangsa seterusnya didesak membayar sejumlah wang dengan alasan untuk menyelesaikan kes dan sekiranya tidak bersetuju, mangsa diugut bahawa kejadian ‘curi’ akan dilaporkan kepada ppolis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noorsiah meminta orang ramai agar tidak mudah percaya dengan sebarang mesej yang tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya.

Menurutnya, tindakan berkongsi atau menyebar berita-berita sedemikian boleh menimbulkan kegusaran dan kebimbangan kepada masyarakat. – UTUSAN

 

The post Mesej mengenai jenayah push-pocket, peras ugut diulang siar appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*