“Mesej Terakhir Aku Terima Dari Kau Abang” Perkongsian Wanita Ini Buat Ramai Sebak

mesej terakhir abang

“Mesej terakhir aku terima dari kau abang” Perkongsian Wanita Ini Buat Ramai Sebak

Rindu yang tidak berpenghujung sememangnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata terutamanya pemergian tersebuat adalah orang terdekat. Ia hanya mampu dikenang dan diabadikan dalam memori kita.

Begitulah kasih seorang adik yang tidak menyangka perbualan antara abangnya bakal menjadi mesej terakhir kedua-dua beradik itu.

Dalam perkongsian video di TikTok milik @lizzkarim842 (Lizah Karim) meluahkan isi hatinya selepas menerima perkhabaran duka bahawa abangnya, Noor Zaide kembali dijemput Ilahi.

Seolah-olah dapat rasa akan terjadi sesuatu

Gambar: TikTok @lizzkarim842

Semuanya boleh jadi yang terakhir. Terakhir kalinya aku menghubungi abang aku. Sambil menaip pesanan terakhir. 

“Teresak-esak sebak seolah-olah ada sesuatu yang akan berlaku tapi aku sendiri tak tau apa dan kenapa.

“Tak sempat untuk berkongsi cerita indah kembalinya aku hanya mampu melihat kau terbaring kaku,” tulis di TikTok.

Pesanan terakhirku untukmu abang

Menurut Lizah, dia meminta abangnya untuk melihat keadaan ibunya sepanjang ketiadaannya.

“Aku pesan jaga mak untuk aku jika berlaku apa-apa sepanjang 12 hari ketiadaan aku.

“Sebaliknya kau yang pergi..pergi tinggalkan mak, anak-anak, isteri dan anak yang masih dalam kandungan ibunya buat selamanya,” luahnya di platform tersebut. 

BACA: “8 Soalan Untuk Abah…”, Pertanyaan Wanita Ini & Jawapan Ayahnya Buat Ramai Sebak

Kata adik kepada arwah, pemergiannya merupakan satu tamparan berat buat ahli keluarganya lebih-lebih lagi mereka baru sahaja kehilangan ayah pada lima bulan yang lalu.

Gambar: TikTok @lizzkarim842

Bagaimanapun, dia berlapang dada dan menerima bahawa pemergian abangnya sudah tertulis oleh yang Maha Esa.

“Ya Allah besar ujianmu buat kami…lima bulan selepas kehilangan ayah tercinta, kini kau menyusul mengikuti ayah kembali ke alam abadi.

Ya Allah, terangi kuburnya dengan cahaya-cahaya syurga dari kegelapan yang menakutkan. Lapang dan luaskan kubur abangku Noor Zaide dari kesempitan yang menyiksakan. Ampuni dosa-dosanya Ya Allah. Kasihani ia Ya Allah. Aamin.

Hidup ini semuanya atas aturan Allah SWT. Kehilangan itu satu ujian kesabaran. Andai kita mampu bertahan, Maknanya kesabaran diri itu tinggi. Tiada apa milik kita, semuanya hanya pinjaman belaka,” katanya. 

@lizzkarim842

Semuanya boleh jadi yang terakhir Terakhir kalinya aku menghubungi Abang aku… Sambil menaip pesanan terakhir  Teresak-esak sebak seolah ada sesuatu yg akan berlaku tapi aku sendiri tak tau apa dan kenapa.. Tak sempat untuk berkongsi cerita indah kembalinya aku hanya mampu melihat kau terbaring kaku Aku pesan jaga Mak utk aku jika berlaku apa² sepanjang 12 hari ketiadaan aku… Sebaliknya kau yg pergi..pergi tinggalkan Mak, anak² ,isteri dan anak yg masih dalam kandungan ibunya buat selamanya. Ya Allah besar ujianmu buat kami.. 5 bulan selepas kehilangan Ayah tercinta, kini kau menyusul  mengikuti ayah kembali ke alam Abadi. Ya Allah, terangi kuburnya dengan cahaya-cahaya syurga dari kegelapan yang menakutkan. Lapang dan luaskan kubur Abang ku Noor Zaide dari kesempitan yang menyiksakan. Ampuni dosa-dosanya Ya Allah. Kasihani ia Ya Allah. Aamin Hidup ini semuanya atas Aturan Allah SWT. Kehilangan itu satu ujian Kesabaran. Andai kita mampu bertahan, Maknanya kesabaran diri itu tinggi. Tiada apa milik kita, semuanya hanya pinjaman belaka. Alfatihah buat Noor Zaide Bin Karim 05121975 – 27032024 #kehilangan #mangsakemalangan

♬ original sound – belalangkacun – belalangkacun

Sumber: TikTok @lizzkarim842

The post “Mesej Terakhir Aku Terima Dari Kau Abang” Perkongsian Wanita Ini Buat Ramai Sebak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*