Messi “Order” 35 Biji iPhone Bersalut Emas, Hadiahkan Untuk Satu “Team” Argentina

iPhone emas Messi

Messi “Order” 35 Biji iPhone Bersalut Emas, Hadiahkan Untuk Satu “Team” Argentina

Lionel Messi membelanjakan sebanyak 175,000 pound (RM940,052) untuk menempah 35 biji iPhone bersalut emas sebagai hadiah kepada rakan sepasukannya yang membantu memenangi Piala Dunia 2022.

Memetik The Sun, bintang Argentina itu menempah peranti bersalut emas 24 karat untuk setiap ahli pasukannya. Peranti itu kemudiannya dihantar ke apartmennya di Paris pada Sabtu lalu.

Setiap telefon tersebut diukir dengan nama pemain, nombor jersi serta logo Argentina di belakangnya.

Sumber menyatakan bahawa: “Lionel mahu melakukan sesuatu yang istimewa dan penuh semangat untuk meraikan detik paling membanggakannya.

“Dia berhubung dengan usahawan Ben Lyons dan mereka menghasilkan reka bentuk bersama-sama,” kata sumber itu lagi.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Ben, Ketua Pegawai Eksekutif iDesign Gold, berkata: “Lionel bukan sahaja GOAT tetapi dia adalah salah seorang pelanggan IDESIGN GOLD yang paling setia. Dia menghubungi kami beberapa bulan selepas perlawanan akhir Piala Dunia.”

Menurut Ben, Messi mahukan hadiah istimewa untuk semua pemain dan kakitangan bagi meraikan kemenangan menakjubkan itu. Tetapi dia tidak mahu hadiah berupa jam tangan yang biasa.

“Jadi saya mencadangkan iPhone emas yang tertulis nama mereka dan dia menyukai idea itu,” tambah Ben lagi.

Argentina menang di Qatar tahun lepas dengan Messi, 35, dinamakan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan.

Terdahulu, Siakap Keli melaporkan bahawa Lionel Messi telah dinobatkan sebagai Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2022.

Memetik Mirror, majlis penganugerahan tokoh-tokoh cemerlang dalam bola sepak dunia itu telah dianjurkan di Paris pada tahun ini.

Messi semestinya menjadi watak utama pada majlis itu selepas usahanya membawa Argentina merangkul trofi Piala Dunia berjaya.

Langkahnya mungkin kelihatan agak mustahil untuk menjulang anugerah terbesar bola sepak antarabangsa. Bintang Paris Saint-Germain itu akhirnya berjaya membantu pasukannya bagi menjulang kejayaan di Qatar.

Messi telah berjaya menjaringkan sebanyak 7 gol dalam kejohanan itu dan dianugerahkan Bola Emas sebagai pemain terbaik.

Kemenangan di Timur Tengah itu telah membantunya untuk mengukuhkan lagi legasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman.

Di barisan utama pada 2022, dia membantu PSG menjulang kejuaraan Liga 1 dan menjaringkan 17 gol dan mencatatkan 24 ‘assist’ dalam 37 penampilan.

Sumber: The SUN

The post Messi “Order” 35 Biji iPhone Bersalut Emas, Hadiahkan Untuk Satu “Team” Argentina appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*