Meta Lancar Perkhidmatan Berbayar Untuk Facebook, Instagram

Meta lancarkan perkhidmatan berbayar

Meta Lancar Perkhidmatan Berbayar Untuk Facebook, Instagram

WASHINGTON, 18 Mac (Bernama-UPI) — Meta hari ini mengumumkan bahawa ia melancarkan perkhidmatan pengesahan berbayar untuk Instagram dan Facebook, dengan bayaran bulanan.

Ketua Pegawai Eksekutif Meta Mark Zuckerberg berkata pengguna perlu membayar US$11.99 (RM54) sebulan jika menggunakan aplikasi laman sesawang dan US$14.99 (RM67.5) sebulan di telefon bimbit untuk tanda semak biru.

“Meta Verified sedang dilancarkan di AS hari ini.

“Anda boleh mendapatkan lencana, perlindungan penyamaran proaktif dan akses terus kepada sokongan pelanggan,” lapor United Press International (UPI) memetik kenyataan Zuckerberg menerusi Saluran Meta di Instagram.

Baca: Bayar RM1 Pun ‘Rider’ Hantar, Ni Cara Nak Dapat Cas ‘Delivery’ Paling Rendah Bila Pesan Makanan

Menurut maklumat dalam talian, pengguna tidak dibenarkan menggunakan satu langganan Meta Verified bagi kedua-dua akaun Instagram dan Facebook dan perlu melanggan setiap aplikasi secara individu.

Perkhidmatan langganan itu pertama kali dilancarkan di Australia dan New Zealand bulan lepas dan memerlukan kad pengenalan untuk mengesahkan identiti.

Pengguna juga tidak dibenarkan menukar nama profil, nama pengguna, foto dan lain-lain melainkan mereka memfailkan semula proses pengesahan.

Pengguna juga perlu berumur 18 tahun untuk layak bagi perkhidmatan pengesahan.

Bagaimanapun, pengguna Facebook dan Instagram yang sudah disahkan tidak perlu membayar.

Sumber: BERNAMA-UPI

The post Meta Lancar Perkhidmatan Berbayar Untuk Facebook, Instagram appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*