Microsoft AS benar pekerja ambil seberapa banyak cuti setahun

WASHINGTON – Syarikat gergasi teknologi, Microsoft akan membenarkan pekerjanya mengambil seberapa banyak hari cuti yang mereka mahu bermula minggu depan, lapor program berita CBS News semalam.

Di bawah polisi baharu syarikat yang dinamakan Discretionary Time off (DTO), kakitangan bergaji tetap yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) tidak lagi akan mempunyai bilangan hari cuti yang ditetapkan dalam masa setahun.

“Bermula 16 Januari 2023, Microsoft akan memodenkan polisi cuti kami kepada model yang lebih fleksibel serta mengubah DTO.

“Bagaimana, di mana dan bila pekerja melakukan tugas mereka telah berubah dengan pantas. DTO adalah sejajar dengan cara bekerja yang lebih fleksibel,” kata jurucakap Microsoft dalam satu kenyataan kepada CBS MoneyWatch.

Ketua Pegawai Sumber Manusia Microsoft, Kathleen Hogan mengumumkan perubahan polisi itu dalam satu e-mail kepada semua kakitangan semalam, lapor laman berita The Verge.

Syarikat itu juga akan menawarkan pekerjanya 10 hari cuti korporat selain  cuti rehat, cuti sakit dan kesihatan mental serta cuti untuk tugas juri dan kematian.

Polisi baharu DTO itu tidak akan melibatkan kakitangan yang dibayar mengikut jam serta pekerja di luar AS, kata Microsoft yang mempunyai kira-kira 12,000 kakitangan di negara itu, demikian menurut laman web korporat syarikat tersebut. – Agensi 

 

The post Microsoft AS benar pekerja ambil seberapa banyak cuti setahun appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*