Miliki Ijazah, Wanita Nekad Berhenti Kerja Di Konsul British Semata-mata Nak Jual ‘Chai’ Di Tepi Jalan

Miliki Ijazah, Wanita Nekad Berhenti Kerja Di Konsul British Semata-mata Nak Jual ‘Chai’ Di Tepi Jalan

Seorang wanita di India yang memiliki ijazah sarjana sanggup meninggalkan pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan di Konsul British semata-mata mahu menceburkan diri dalam bidang perniagaan jalanan.

Menurut portal berita India.com., wanita bernama Sharmistha Ghosh yang berkelulusan dalam bidang kesusasteraan Inggeris itu nekad membuka perniagaan menjual teh di Delhi Cantt’s Gopinath Bazar selepas tertarik dengan peluang perniagaan yang sedang berkembang pesat di negaranya.

Shamisha juga berkata, berniaga merupakan impiannya dan berharap perniagaan teh yang dimulakan itu mampu berkembang maju seperti jenama Chaayos yang mempunyai cawangan di serata India.

Malah, sahabat baiknya yang berkhidmat dengan syarikat penerbangan Lutfhansa sebelum ini juga nekad meninggalkan kerjaya idaman ramai itu dan menyertai perniagaan teh tersebut.

Walaupun ramai yang memuji keberanian dua wanita itu meninggalkan peluang pekerjaan yang lebih menjamin masa depan demi mengejar impian masa kecil mereka, namun ada juga yang berpendapat sebaliknya.

Salah seorang warga maya berkata, keputusan itu wajar diambil sekiranya mereka bukan tonggak utama keluarga. Namun bagi mereka yang bekerja bagi menyara keluarga, keputusan yang diambil itu sangat berisiko tinggi.

Selain itu, ada juga yang mempersoalkan apa keperluan untuk kedua-dua wanita itu melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading dan menjawat jawatan tertentu jika akhirnya mereka berhenti untuk mengejar cita-cita.

Kata mereka, kedua-duanya tidak perlu membuang banyak masa dan sepatutnya memulakan perniagaan tersebut lebih awal.

BACA: Ibu Pasrah, Dakwa Bayi Meninggal Dunia Selepas Keluarga Berkeras Bagi Minum Air Ubat Tradisional

Sumber: India.com, facebook

The post Miliki Ijazah, Wanita Nekad Berhenti Kerja Di Konsul British Semata-mata Nak Jual ‘Chai’ Di Tepi Jalan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*