Militan Papua Culik Warga New Zealand, Tuntut Kemerdekaan Dari Indonesia

Culik Warga New Zealand

Militan Papua Culik Warga New Zealand, Tuntut Kemerdekaan Dari Indonesia

Pejuang pemisah di wilayah Papua, Indonesia telah mengeluarkan rakaman video seorang juruterbang New Zealand yang dijadikan tebusan 16 hari lalu, lapor BBC.

Lelaki yang dikenali sebagai Philip Mehterns telah diculik selepas mendaratkan pesawatnya di wilayah pergunungan terpencil Papua, Nduga.

Dalam video yang dihantar kepada perkhidmatan BBC Indonesia, Mehterns terlihat dikelilingi oleh tujuh orang pejuang Tentera Pembebasan Nasional Papua Barat (TPNB).

Pejuang tersebut dilaporkan hanya akan membebaskan tahanan tersebut jika Indonesia memberikan kemerdekaan kepada negara berkenaan.

Sebelum ini, tanah jajahan Belanda telah mengisytiharkan kemerdekaan kepada Papua pada tahun 1961. Namun Indonesia telah bertindak menguasai Papua dua tahun kemudian.

Wilayah yang kaya dengan sumber itu telah terperangkap dalam pertempuran untuk kemerdekaan sejak ia berada di bawah jajahan Indonesia dalam undian yang diselia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1969.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Para pejuang yang muncul dalam video itu dapat dilihat memegang senjata seperti senapang, busur dan anak panah. Seorang lelaki yang bercakap dalam video tersebut telah memperkenalkan dirinya sebagai ketua TPNPB, Egianus Kogoya.

Culik Warga New Zealand

Lelaki tersebut telah menggariskan tuntutan kumpulan berkenaan sebagai tindak balas dalam penculikan lelaki New Zealand itu. Sehingga kini BBC masih tidak dapat mendedahkan identiti lelaki tersebut.

Mehterns yang muncul dalam video yang tersebar itu dilihat memakai jaket denim biru, topi dan seluar panjang berwarna khaki. Mehterns turut memberikan ucapan yang disediakan oleh pejuang di mana dia mengulangi ucapan tuntutan pemberontak.

Lelaki berusia 37 tahun itu diculik selepas pesawat penumpang kecil, milik Susi Air Indonesia yang dikemudinya mendarat di Nduga.

Pesawat tersebut telah berlepas dari lapangan terbang Mozes Kilangin di Papua Tengah pada hari Selasa. Pesawat itu dijangka akan berangkat pulang beberapa jam selepas menurunkan lima penumpangnya.

Tetapi sejurus selepas mendarat, pemberontak menyerbu pesawat satu enjin itu dan menculik lelaki warga Christchurch tersebut.

Jurucakap TPNPB kemudiannya memberitahu BBC Indonesia bahawa Mehterns telah dipindahkan ke daerah kubu kuat kumpulan itu di kawasan terpencil. Lelaki itu diculik untuk digunakan sebagai “leverage” dalam rundingan politik.

Kumpulan itu turut menyatakan bahawa juruterbang itu ditahan kerana New Zealand telah bekerjasama secara ketenteraan dengan Indonesia.

Penumpang lain yang merupakan penduduk asli Papua telah dibebaskan oleh kumpulan tersebut.

Pemberontak Papua yang menuntut kemerdekaan daripada Indonesia sebelum ini telah mengeluarkan ancaman dan juga menyerang pesawat yang dipercayai membawa kakitangan dan bekalan untuk Jakarta.

Konflik antara penduduk asli Papua dan pihak berkuasa Indonesia adalah perkara biasa, dengan pejuang pro-kemerdekaan melancarkan serangan lebih kerap sejak 2018.

Wilayah ini terbahagi kepada dua wilayah iaitu Papua dan Papua Barat. Ia berasingan daripada Papua News Guinea, yang diberi kemerdekaan oleh Australia pada 1975.

Sumber: BBC

The post Militan Papua Culik Warga New Zealand, Tuntut Kemerdekaan Dari Indonesia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*