‘Minah Saleh’ Hidup Macam Orang Melayu Jadi Tumpuan

Gemar berkain batik dan berbaju kurung, pemakaiannya seperti wanita Melayu tetapi setelah mengamati wajahnya, eh ini ‘minah Saleh’.
Menurut satu hantaran Facebook oleh seorang wanita bernama Norlaila Dlaila baru-baru ini, terdapat seorang ‘minah saleh’ yang ternyata lebih tampak ‘keMelayuannya’ jika dibandingkan dengan kebanyakan generasi masa kini.

Wanita ini sering mengenakan pakaian baju kurung Kedah dan dipadankan dengan kain batik. Dia juga sering diihat begitu bersahaja ketika menaiki motosikal dan datang ke setiap kediaman penduduk kampung untuk mengambil upah mencuci barangan seperti pakaian dan permaidani.

Menurut apa yang dikongsikan oleh Norlaila, wanita ‘minah saleh’ ini lebih mesra dipanggil sebagai Aunty Azizah. Difahamkan, Aunty Azizah berasal dari Amerika Syarikat (US) dan telah bernikah bersama seorang lelaki tempatan.

Sekarang, beliau sedang menjaga suaminya yang dilapor mengalami masalah angin ahmar atau disebut sebagai strok. Disebabkan itu, beliau sanggup ‘menggalas tugas’ mencari rezeki dengan mengambil upah mencuci pakaian dari rumah ke rumah.

Tak padan ‘minah saleh’, siap boleh potong rumput

Paling mengejutkan, Aunty Azizah juga kadang-kadang memikul mesin rumput dan memotong rumput panjang di laman rumah penduduk kampung. Kedengaran seolah-olah wanita ini memiliki urat besi mahupun kuasa ‘super’ seperti Iron Man. Hebat kan?

Menurut Norlaila lagi, Aunty Azizah pernah membantunya untuk mencuci pinggan dalam tempoh sekejap sahaja. Hal ini kerana wanita tersebut tidak mampu berdiri dalam jangka masa lama disebabkan pehanya yang pernah patah akibat kemalangan.

Selain itu, seperkara lagi yang paling dikagumi, Aunty Azizah biasanya akan menjadi insan pertama yang akan menunaikan solat selepas laungan azan berakhir. Beliau sangat berusaha untuk menunaikan ibadah fardu tersebut pada awal waktu.

Melalui kisah Aunty Azizah, kita dapat melihat beberapa nilai positif yang boleh dijadikan sebagai satu teladan. Sifat rajin dan suka menolong adalah nilai yang wajar dimiliki bagi setiap ahli masyarakat. Wanita ini juga tampak prihatin akan hal ehwal kejiranan.

Siapa sahaja yang rajin untuk menebas rumput dan mencuci pinggan mangkuk orang lain? Akhir sekali, Aunty Azizah sangat cakna terhadap kewajiban utama bagi setiap umat Islam. Pada saat kita mengejar kesenangan duniawi, dia memilih untuk mengejar reda Ilahi.

Masih menjadi tanda tanya, bagaimana Aunty Azizah boleh memakai kain batik dengan mudah? Kita punyalah susah nak memakainya, dahlah selalu terlucut daripada pinggang sendiri.

Sumber: Norlaila Dlaila (Facebook)

BACA: (Video) Berang disalam tanpa pandang muka, Pesara tampar kepala anggota TLDM

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*