Minum Air Kencing Untuk Hidup, Remaja Lega Diselamatkan Selepas 94 Jam Terperangkap

remaja terperangkap 94 jam

Minum Air Kencing Untuk Hidup, Remaja Lega Diselamatkan Selepas 94 Jam Terperangkap

Seorang remaja di bandar Turkiye yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan selama 94 jam berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan, lapor ITV.

Menurut iTV, gempa bumi kuat yang menggegarkan negara itu telah mengorbankan lebih 21,000 orang sehingga setakat ini.

Remaja itu berjaya ditemui sebelum subuh pada hari ini (10/2/2023) di Gaziantep, kira-kira 20 batu dari pusat gempa.

Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan Adnan Muhammed Korkut dari ruang bawah tanah tempat dia terperangkap.

Remaja berusia 17 tahun itu dilihat tersenyum lega selepas melihat kerumunan rakan dan saudara-mara yang melaungkan namanya “Adnan”, “Adnan” sambil bertepuk tangan.

Air mata kegembiraan juga mengalir di muka-muka kaum keluarganya ketika dia dibawa keluar dan diletakkan di atas usungan.

“Alhamdulillah kamu ada,” kata remaja itu sambil memeluk ibunya dan orang ramai yang berkerumunan di sekelilinganya.

Kaum keluarga remaja itu juga sempat memeluknya ketika dia dimasukkan ke dalam ambulans untuk menjalani pemeriksaan.

“Terima kasih semua,” ucap remaja itu kepada pasukan penyelamat dan kaum keluarganya.

Menurut remaja itu, dia telah terperangkap lebih 94 jam sehingga terpaksa meminum air kecingnya sendiri untuk bertahan dan menghilangkan dahaga.

“Saya mampu bertahan dengan cara itu,” kata remaja tersebut.

“Saya mempunyai seorang anak lelaki seperti kamu,” kata seorang penyelamat yang hanya dikenali sebagai Yasemin selepas memberikan pelukan hangat kepadanya.

“Saya bersumpah, saya sudah empat hari tak tidur. Saya cuba bawa awak keluar,” katanya lagi.

Gempa bumi yang melanda wilayah sempadan antara Turkiye dan Syria itu menempatkan seramai 13.5 juta orang penduduk.

Keadaan genting sekarang telah melihatkan bilik mayat dan tanah perkuburan dipenuhi dengan mangsa.

Selain itu, mayat terbaring dibalut selimut, permaidani dan tar memenuhi jalan-jalan di beberapa bandar.

Terdahulu, Siakap Keli ada melaporkan bahawa gempa bumi kuat baharu mungkin berlaku tidak lama lagi di kawasan pelabuhan Canakkale Turkiye di Laut Marmara.

Ia susulan daripada peningkatan aktiviti seismik di sana, kata ahli seismologi Turkiye Dogan Perincek kepada Agensi Berita Sputnik pada Khamis.

Pada Isnin, dua gempa bumi masing-masing bermagnitud 7.7 dan 7.6 magnitud melanda selatan Turkiye.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menyifatkan bencana itu sebagai gempa bumi paling kuat sejak 1939.

“Sejak 10 hari lepas, saya merekodkan peningkatan aktiviti seismik di Canakkale dari arah Laut Marmara. Saya terlibat dalam pemantauan harian dan analisis aktiviti seismik di negara ini menggunakan peta khas selama lebih 10 tahun. Tiga tahun dari sekarang, saya meramalkan gempa bumi di Canakkale,” kata saintis itu.

Sumber: ITV

The post Minum Air Kencing Untuk Hidup, Remaja Lega Diselamatkan Selepas 94 Jam Terperangkap appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*