Misteri Kotak Gergasi Tengah Bazar, Sekali ‘Owner’ Datang Dedah Hal Sebenar

Misteri Kotak Gergasi Tengah Bazar, Sekali ‘Owner’ Datang Dedah Hal Sebenar

Korang nak tahu tak yang ada bazar viral dekat Kuala Lumpur yang buka sampai 5 pagi? Ya, beroperasi selama 66 jam tanpa henti, sampai waktu sahur. Lepas shopping boleh makan sahur terus.

Bazar yang dimaksudkan adalah Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya yang berlangsung di MITEC KL. Kali ini, ABxFGR viral lagi dengan kewujudan satu kotak gergasi di tengah bazar buat orang tertanya tanya.

Kotak misteri itu bersaiz 10 kaki dan terdampar betul-betul di tengah bazar ABxFGR. Kalau nak diikutkan saiznya, boleh memuatkan lima lelaki dewasa dalam tu. Besar gila!

Dah masing-masing cemas tengok kotak misteri tu, pihak penganjur tak nak orang ramai cemas. Mereka pun jelaskan untuk apa kotak misteri tu diletakkan di tengah-tengah bazar ABxFGR.

Rupa-rupanya…

Rupanya, kotak misteri tu adalah hamper yang akan jadi milik beberapa pengunjung bertuah. Ya, untuk korang yang datang bazar ABxFGR lah. Korang beli dengan nilai belian RM400 minimum, korang boleh teka nilai hamper tersebut dan korang layak menang jika tekaan adalah betul

Festival Raya Terbesar 2023 ini akan berlangsung bermula dari 14 April hingga 17 April 2023 di MITEC, Kuala Lumpur. Ramai artis yang akan join bazar ABxFGR dan kata penganjur ada 60 orang artis dijemput.

Antaranya Hanis Zalikha & Hairul Azreen, Mawar rashid, Mira Filzah, Hannah Delisha dan ramai lagi. Korang peminat siri High Council? Pelakon-pelakon High Council akan adakan Meet & Greet bersama peminat di ABxFGR nanti.

Pelbagai jenama terkenal yang akan sertai ABxFGR ini. Antaranya The Little Bocah, Petikita, The Bahaman, Naelofar, Sugarbomb, Iktikaf Alif, Caryazara dan banyak lagi. Festival berlangsung 66 jam tanpa henti dari 12pm (14 April) hingga 5am (17 April).

Lebih 500 vendor terlibat dan pelbagai pilihan untuk korang. Ada jualan Happy Hours, ada food festival, pertunjukkan fesyen, persembahan artis, cabutan bertuah dan demo masakan. Follow Instagram Absolut Bazar dan Instagram Festival Gaya Raya sekarang.

The post Misteri Kotak Gergasi Tengah Bazar, Sekali ‘Owner’ Datang Dedah Hal Sebenar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*