Model Singapura Jadi Sensasi, Tampil Awet Muda & Tubuh Sasa Walau Umur Dah 56 Tahun

Model Singapura Dedah Rahsia Kekal Segak Dan Tampan Pada Angka 56

Seorang model Singapura baru-baru ini mencuri tumpuan netizen dengan penampilannya yang awet muda dan bertubuh sasa, walaupun sudah berusia 56 tahun.

Dalam satu sesi temu bual bersama Channel News Asia (CNA), Chuando Tan juga tidak keberatan untuk berkongsi rahsia beliau menjaga penampilan untuk tampak lebih muda berbanding usianya.

Tan bagaimanapun secara jujur mengakui bahawa beliau tidak memiliki apa-apa rahsia secara spesifik, malah turut menempuhi fasa penuaan seperti yang dialami individu lain.

“Saya tak rasa diri saya ini memiliki wajah yang terlalu menarik sehingga menjadi perhatian ramai.

Kredit: CNA

“Saya berpendapat, mereka mengikuti saya kerana ingin tahu bagaimana saya tampil sebegini di usia 56 tahun. Mungkin, ia memberikan harapan kepada mereka untuk mempelajari satu atau dua gaya hidup sihat, berdasarkan kehidupan saya yang sudah mencecah usia lebih separuh abad,” katanya.

Tan berkongsi mengenai perjalanan gaya hidup sihatnya yang bermula ketika beliau masih muda.

“Ia berlaku secara semula jadi. Ketika saya berusia sekitar 20-an, saya memulakan perjalanan gaya hidup sihat dengan mengangkat berat dan mengikuti diet-diet tertentu.  Saya amalkan sehingga ke hari ini.

“Aktiviti yang anda lakukan sepanjang hari mestilah bersamaan dengan jumlah kalori yang perlu dibakar dalam sehari,” katanya.

Pemilihan juadah sihat dalam pemakanan seharian

Dalam rekodnya, Tan biasanya akan meletakkan kocakan protein (protein shakes) atau outmeal bersama telur, madu dan avocado dalam menu sarapannya.

Untuk makan tengahari dan malam pula, beliau akan memilih hidangan ayam, sama ada digril atau dikukus, ataupun sup ikan bersama nasi.

Beliau juga mengelak daripada menjamah organ dalam haiwan dan makanan yang telah diproses, namun masih menikmati makanan bergoreng seperti tempura dan juga pencuci mulut seperti ais krim.

Kredit: CNA

Sentiasa berfikiran positif

Dalam beberapa aspek penting dalam gaya hidupnya, Tan turut menetapkan dirinya untuk sentiasa mengekalkan pemikiran yang positif.

“Awak tahu, setiap kali kita mendengar orang lain berkata kepada anda, mengenai keadaan diri anda yang kelihatan baik-baik sahaja, ia akan memberikan kegembiraan kepada anda. ”

“Bukankah ia merupakan satu perkara yang baik untuk mengekalkan pemikiran yang bersifat positif, sihat dan berjiwa muda? Saya sering memikirnya dalam satu tempoh masa dan akhirnya, perasaan ini akan menjadi milik anda juga.”

BACA: Netizen Terkejut Model Jepun Ini Dedah Umurnya Dah 51, Pakat Minta Rahsia Awet Mudanya

Sumber: Channel News Asia (CNA)

The post Model Singapura Jadi Sensasi, Tampil Awet Muda & Tubuh Sasa Walau Umur Dah 56 Tahun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*