MotoGP: Yamaha minat dapatkan Martin

LONDON – Meskipun saingan perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim 2023 belum pun lagi membuka tirai, namun pasukan Yamaha dikatakan sedang memburu pelumba terbaik bagi saingan 2024.

Pelumba Sepanyol, Jorge Martin dikatakan dalam radar pasukan Yamaha selepas penampilan memukaunya pada musim 2022 lalu.

Pengarah Urusan Yamaha Ra­cing, Lin Jarvis juga dikatakan telah melakukan rundingan untuk mendapatkan pelumba ber­usia 24 tahun tersebut.

Ketika ini, Martin kekal membuat penampilan bersama pasukan Pramac Racing bersama Johann Zarco dan pasukan itu mendapat bantuan penuh daripada pasukan berpangkalan di Itali iaitu Ducati.

Bagaimanapun, Martin dilihat seperti dianaktirikan selepas gagal menyertai pasukan utama untuk menyertai Francesco Bagnaia apabila Ducati memilih Enea Bastianini.

Kontrak Martin dengan Ducati menyaksikan dia boleh meninggalkan pasukan tersebut selepas musim 2023 berakhir sekali gus Yamaha berpeluang untuk mendapatkan khidmat pelumba Sepanyol tersebut.

Jika benar keadaan tersebut berlaku, ini bermakna tempat pelumba Itali, Franco Morbidelli kian terancam bersama Yamaha pada musim depan.

Sekiranya Martin pergi ke Yamaha, Pramac Racing mahu membawa masuk Marco Bezzecchi yang kini mewakili Pasukan Mooney VR46 dan Morbidelli pula menyertai pasukan VR46 bagi musim 2024. – AGENSI

The post MotoGP: Yamaha minat dapatkan Martin appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*